Pahaikan Pun Pelihara Ikan...
Posted by pahaikan on Saturday, December 4, 2010 Under: Family
Ikan pahaikan... si Kaloi jenis Golden Giant Gourami
Pahaikan pun pelihara ikan juga... Mula-mula beli ikan emas untuk c Brennen (Julai, 2006), tapi tidak bertahan lama... Lebih kurang 3 minggu sahaja, lepas tu mati. Lepas tu beli lagi... mati lagi... Ini semua pasal susah mau jaga airnya...
Lepas tu baru beli ikan kaloi yang juga dikenali sebagai Golden Giant Gourami (September, 2007). Orang biasa panggil ni Kaloi Merah dari spesis Osphronemus goramy. Yang ini bertahan lama.. Tapi masa pindah dari Taman Pick Yard ke SM Teknik Tawau, ikan ni mati pula pasal terpaksa tinggal dalam baldi selama 5 hari. Apa boleh buat la.. Masa pindah hari tu, tidak sempat pula urus akuarium...
Ikan kaloi yang mati 2 tahun lepas... Umur lebih kurang 1 tahun, Panjang lebih kurang 8 inci dari hujung mulut ke hujung ekor
Jadi beli lagi spesis ikan kaloi yang sama buat kali ke-2 (15 Oktober, 2008). Lebih kurang 2 1/2 inci panjang dan 1 inci lebar. Oleh kerana spesies ini dipercayai akan membesar sehingga 27 inci, jadi ikan kaloi ni tinggal dalam akuarium bersaiz 200 liter. Ada satu lagi akuarium bersaiz 75 liter untuk 2 ekor ikan Palmas (Snake-like Fish)... Beli di Pusat Akuatik Hong (Kedai jual ikan, makanan ikan, katak, kura-kura dan peralatan memancing) di Batu 3 (Jun, 2010). Bos dia bilang Dragon Fish... Salah pula tu... Hehehe...
Lebih kurang 4 bulan dari tarikh dibeli... Panjang lebih kurang 4 1/2 inci... Memang cepat besar ni kalau kuat makan...
Selepas 2 tahun, saiz si Kaloi sudah mencapai 16 inci (dari hujung mulut ke hujung ekor) dengan lebar 7 inci... Beratnya entahlah...
Kepada yang berminat untuk memelihara ikan, dapatkan maklumat terperinci dari internet. Memang lengkap maklumat dari internet ni... Baru kita tau pelihara ikan ni banyak kerja terutamanya masa dia masih kecil...
CATATAN: Pelihara ikan sampai tua...
In : Family
Tags: "kaloi giant gourami palmas guppy sepat"
blog comments powered by Disqus