Kes yang berlaku di Kuching, Sarawak pada 4 Oktober 2009 memanggil saya untuk memaklumkan semua warga Teknik Tawau bahawa pada jam 7.30 malam 12 Oktober 2009 yang lepas, satu pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Tawau telah melakukan pebakaran sarang tebuan tanah di Teknik Tawau. Sarang tebuan tanah tersebut berada di atas sebuah pokok berdekatan dengan gelanggang bola keranjang.

Ahli Bomba, Encik Suwarno turut bersama dalam operasi tersebut.

Pembakaran menggunakan minyak tanah dan karung guni dilakukan dalam masa lebih kurang 15 minit dan hampir semua tebuan dalam sarang tersebut terbakar. Mungkin ada yang terlepas dan mula membuat sarang ditempat yang baru tetapi harap-harap bukan di Teknik Tawau lagi.

Pokok dimana sarang tersebut dijumpai..


Bangkai tebuan tanah yang dibakar...


Baki yang masih hidup... Yang saya perasan, macam tinggal satu ja ni...

Tebuan tanah ini iaitu nama saintifiknya Vespa affinis indonensis mampu menyengat lebih dari sekali dan sekiranya anda terkena lebih daripada 30 sengatan, anda mungkin mati di tempat kejadian.


Pernah digunakan sebagai gambar setem POS Malaysia...

CATATAN: Cegah sebelum parah....