Ceramah Asas Kesihatan Pergigian - 24/05/2011
May 25, 2011Cikgu Ahmad Fakhrurazi bersama Dr Umar Kamali
Ceramah Asas Kesihatan Pergigian yang berlangsung di Dewan Tun Ahamad Shah, SM Teknik Tawau ini disampaikan oleh Dr Umar Bin Kamali, salah seorang doktor gigi di Hospital Besar Tawau. Ceramah bermula lebih kurang 8:00 pagi.
Cikgu Habib selaku pengerusi majlis, memperkenalkan Dr Umar dengan membacakan latar belakang pendidikannya...
Macam terkejut saja Doc.. Hehehe...
Banyak informasi tentang gigi disampaikan dalam ceramah ini...
Ceramah ini dijalankan sebanyak 2 sesi iaitu Sesi Pertama untuk pelajar Tingkatan 4 manakala Sesi Ke-2 untuk pelajar Tingkatan 5. Sesi pertama tamat lebih kurang jam 9.30 pagi dan selepas waktu rehat, pelajar diarahkan untuk masuk ke kelas untuk meneruskan proses p & p. Sesi ke-2 pula bermula lebih kurang jam 11.00 pagi, iaitu selepas masa rehat dan tamat lebih kurang jam 12:00 tengahari. Selepas itu, pelajar Tingkatan 5 masuk semula ke kelas untuk meneruskan sesi p & p.
Sepenuh perhatian pula si Sukri ni...
Yang ini macam tengah menjeling ni... Hehehee...
Wah... Hebat nya...
Aisyeh men... Menguap pula si kawan...
Hmm... Sempat juga ya.. Peace..
Yang ini pun sama macam si Sukri.... Hehehe...
Terima kasih dan tahniah kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menganjurkan ceramah ini iaitu Unit Kesihatan SM Teknik Tawau yang diketuai oleh Penyelaras, Cikgu Zubir Abdullah.
Cikgu Zubir (kanan) bersama Cikgu Hisyam Lee mengawal pergerakan pelajar sepanjang sesi ceramah
CATATAN: Kena jaga gigi bagus-bagus.. Sebab tiada spare-part... Kalau tidak... Terpaksa pakai gigi palsu la...
Posted by pahaikan. Posted In : Teknik Tawau