JUMAAT AGUNG diraikan sempena memperingati Hari Penyaliban Yesus Kristus

Misa JUMAAT AGUNG (GOOD FRIDAY), Gereja Holy Trinity Tawau bermula pada jam 2:30 petang dengan dihadiri oleh lebih daripada 10,000 umat Kristian Roman Katolik yang memenuhi ruang dalam dan luar gereja serta Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau.


Ruang dalam Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau penuh..


Misa di dewan adalah berpandukan kepada layar LCD yang dipancarkan secara langsung dari dalam Gereja Holy Trinity Tawau

Saya bersama Brennen hadir dalam misa ini dan berada di Dewan Paroki untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Jumaat Agung yang diketuai oleh Fr Nicholas Ong.

Selepas selesai misa, sambutan Jumaat Agung diteruskan dengan upacara menghormati salib atau lebih dikenali dengan Upacara Cium Salib dimana semua umat akan secara bergilir menghormati salib dengan mencium salib. Sememangnya perasaan akan berasa sangat gembira selepas upacara ini kerana Hari Jumaat Agung ialah Hari Jumaat sebelum Hari Minggu Paskah, Hari Peringatan Penyaliban Yesus Kristus dan wafatNya di Golgota.


Semua orang beratur untuk Upacara Mencium Salib


Semua beratur dengan sabar untuk sama-sama menjalankan upacara setahun sekali ini...


Perasaan sedih dan gembira berbaur kerana kasih sayang Yesus Kristus...


Tiada yang ketinggalan... Kanak-kanak dan bayi pun turut serta...

Fr Nick pun selalu bagi tau, Hari Jumaat Agung ini lebih penting daripada Hari Krismas... Jadi umat Kristan kena faham bahawa wafatNya Yesus disalib adalah untuk menebus dosa manusia. Dia merupakan korban yang paling besar berbanding korban yang dibuat sebelum ini iaitu menggunakan anak domba....


Yang ini memang penuh kasih sayang...

Terima kasih kepadaNya dan semoga berjumpa lagi dalam Hari JUMAAT AGUNG di tahun hadapan...

CATATAN: I love Jesus Christ!!