Pelajar baru Tingkatan 4 turut memakai pakaian rasmi sekolah menengah vokasional seluruh negara...

MInggu Penjanaan Minda 2012 bagi pelajar Tingkatan 4 bermula hari ini sehingga 03/02/2012. Pelbagai aktiviti telahpun dirancang untuk menjayakan program tahun ini tetapi satu aktiviti tradisi iaitu wajib tinggal di asrama tidak dilakukan pada tahun ini. Mungkinkah kewangan tidak cukup..??


Aktiviti pertama yang dilakukan... Senaman...


Pas tu... Tulis TAG NAMA...


Ini mau bertiarap ka?


Tapi ada juga yang kurang sihat...


Ngam la ni... Buat catatan...

Apa pun, persiapan rapi telah dibuat dan semua tanggungjawab yang diberikan kepada guru-guru yang terlibat akan dilaksanakan sebaik mungkin sepanjang Minggu Penjanaan Minda ini.


Hari pertama pun menggunting ya Cikgu Kholik..


Mau ikat apa ni Cikgu Marklin..??


Wah.. Ini apa ni Cikgu Buareng??

Bagi saya, antara aktiviti yang menarik sepanjang minggu ini ialah Slot Treasure Hunt yang dibuat ala-ala The Amazing Race & Explorace dan Ceramah Unit Perancang Keluarga. Yang lain tu biasa-biasa saja la..


Pembahagian tugas untuk Slot Treasure Hunt...


Emm.. Hampir semua guru baru ni.. Ya ka..??


Ramai pula geng penceramah Unit Perancang Keluarga ni datang... 7 orang bah...


Hah... Macam ni lah penyakit kelamin boleh disebarkan...


Concentrate pula korang kalau topik macam ni ya..

Berbalik kepada tujuan Minggu Penjanaan Minda, saya amat berharap agar pelajar sentiasa sedar bahawa kemasukan mereka ke sistem Sekolah Menengah Vokasional tidak menjanjikan pekerjaan selepas tamat proses pembelajaran kerana persaingan tetap ada. Dan, para pelajar juga perlu menghargai kejayaan mereka tersenarai sebagai pelajar vokasional khasnya, pelajar SM Vokasional Tawau.... kerana di sini bermulanya suatu "pengembaraan yang indah"... Hehehe...

CATATAN: Emm... Form 4 tiada kelas la pula... Aisyeh men...