Mesyuarat Rumah Sukan Kali Pertama untuk tahun ini....

Mesyuarat Rumah Sukan Kali Pertama 2010 dijalankan serentak pada 21 Januari 2010 lebih kurang jam 12.35 tengahari. Tempat mesyuarat ditentukan sendiri oleh Ketua Rumah Sukan dan rasanya Rumah Saga dan Rumah Mega agak selesa di Dataran Ilmu dan Astaka Stavotek masing-masing, yang agak terlindung dari sinaran matahari. Rumah Data dan Rumah Arka pula terpaksa menggunakan bahagian tepi padang.

Peneraju Rumah Sukan pada kali ini ialah:

Rumah Arka - Ketua: Syahrir    Penolong: Hilarry

Rumah Mega - Ketua: Mohd. Asri   Penolong: Naizuwan

Rumah Saga - Ketua: Arash    Penolong: Zubir

Rumah Data - Ketua: Belum ada maklumat


Bilik BMG 1 kelihatan luas apabila tidak ramai guru berada didalamnya...

Pada masa yang sama, guru-guru lain berkumpul di Bilik BMG 1 untuk mendengar taklimat SOT yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Ahmad Fakhrurazi dan Pengurus Kejohanan SOT, En. Rasi Solong. Agak menyedihkan..... Bilik BMG 1 macam kosong pula... Apa pun diharap agar dalam perjumpaan yang akan datang, semua yang terlibat akan hadir dan teguh memberikan komitmen yang tinggi untuk penganjuran Kejohanan Sinar Obor Teknik 2010...

CATATAN: Pemberitahuan yang lewat mungkin menyebabkan guru lain tidak sedar akan perjumpaan di BMG 1...