Johan Hj Okasa (Ke-2 dari kiri) mempengerusikan Mesyuarat Guru untuk kali pertama.

Mesyuarat bermula kira-kira jam 8.30 pagi dan semua guru menghadiri mesyuarat ini kecuali mereka yang mendapat pelepasan rasmi dari pengetua. Mesyuarat Guru yang bertujuan untuk membincangkan hal-hal sekolah dan persekitarannya ini, bagi saya tidak mencapai objektifnya kerana ucap tama pengetua saja mengambil masa selama 2 jam. Setelah pengesahan minit mesyuarat yang lepas, hal berbangkit dibincangkan dan selepas itu, pembentangan oleh setiap ketua Bidang dimulakan.


Pembentangan Ketua Bidang pula agak kucar-kacir apabila masa yang diperuntukkan hanya 5 minit seorang walaupun hampir kebanyakan mereka ini mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk menghabiskan pembentangan. Selepas semua pembentangan dilakukan, penyampaian hadiah dilakukan sekali lagi untuk semua guru yang akan berpindah dan yang telah mendapat cahaya mata dalam bulan Oktober dan November.


Penyampaian hadiah kepada yang berpindah dan mendapat cahayamata.

Apa yang agak mengecewakan ialah guru-guru tidak berpeluang untuk menyuarakan apa yang terbuku dihati untuk kebajikan guru dan pelajar seterusnya kemajuan sekolah. Walau bagaimanapun, mesyuarat kali pertama 2010 yang akan diadakan pada 02 Jan 2010 akan bakal mendengarkan semua pandangan ini nanti.

Guru-guru bergegas pulang setelah mesyuarat tamat kiri-kira jam 12.00 tengahhari.

CATATAN: Ucapan yang terlalu panjang biasanya membinggungkan.... Selamat berjumpa lagi di Mesyuarat Guru yang akan datang!!!