Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Posted by pahaikan on Monday, December 27, 2010 Under: Free Topics
Penjelajahan taman bermula di sini...
Memang di Sabah ni masih banyak hidupan liar tapi kebanyakan tempat berlindung mereka mula ditebang untuk membuka kawasan pertanian. Nasiblah Lok Kawi Wildlife Park ini ada untuk terus memelihara spesis-spesis hidupan liar yang biasanya menjadi sasaran pemburu dan peminat "daging hutan".
Lokasi
- Berhampiran Kampung Potuki, kira kira 25 kilometer dari ibu negeri.
- Berkeluasan 112 hektar, Taman Hidupan Liar / Taman Zoologi dan Botani ini mula dibangunkan sejak 1998, dimana 80 peratus haiwan pameran adalah dari spesies tempatan.
- Taman yang juga dikenali Zoo Lok Kawi ini adalah satu-satunya taman haiwan terbesar menempatkan pelbagai spesies haiwan Borneo yang pertama di Sabah dan telah dibuka kepada umum pada 17 Februari 2007.
Tinggal kenangan... Rangka Badak Sumatera yang diawet..
Antara Hidupan Liar Yang Menarik
Zoo Lok Kawi mempunyai pelbagai hidupan liar Borneo dan Malaysia yang boleh dilihat seperti Orang Utan, monyet Bangkatan “Proboscis Monkey”, gajah kecil “Pygmy Elephant”, badak sumatra, beruang madu, burung kenyalang, harimau, kijang dan banyak lagi.
Helang laut
Lupa pula apa namanya ni..
Rusa... Goreng pun sodap...
Beruang madu
Harimau Belang Malaya
Orang utan
Tah monyet apa ni... Bising betul..
Tembadau
Lembu Ankoli
Nah... Jaga-jaga..
Monyet Bangkatan “Proboscis Monkey”
Gajah Pygmy
Taman ini mempunyai keluasan 280 ekar iaitu 100 ekar adalah Taman Zoologi yang diurus sepenuhnya oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan 180 ekar lagi adalah Taman Botani yang diurus oleh Jabatan Perhutanan Sabah.
Laluan masuk ke Taman Botani Lok Kawi
Tempat berehat dan berkelah disediakan
Memang sejuk mata memandang warna hijau hutan dalam Taman Botani ini...
Bayaran Masuk
Taman ini dibuka dari jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang dengan bayaran masuk sebanyak RM10 (warganegara) dan RM20 (warga asing) yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk pengunjung berumur 17 tahun ke bawah pula, bayaran ialah sebanyak RM5 (warganegara) dan RM10 (warga asing). Bagi warga emas (60 tahun ke atas) dan Orang Kurang Upaya (OKU), masuk adalah percuma.
Kaunter Tiket Taman Hidupan Liar Lok Kawi
Murid-murid sekolah pun percuma dengan syarat pihak sekolah hendaklah mengemukakan surat permohonan terlebih dahulu dan perlulah berpakaian seragam sekolah semasa melawat.
Kalau mau bagi penat budak-budak... Kawasan ni memang ngam... Memang penat kalau round habis taman ni... Confirm lepas habis round budak mula tertidur...
Layan ais krim selepas penat menjelajah...
Perkhidmatan Trem juga disediakan di taman ini...
Gambar kenangan di hadapan Bangunan Utama Lok Kawi Wildlife Park... Ustaz Jamry yang ambil gambar ni... Thanks la Ustz J...
Walaupun tempat ini tidaklah sehebat Zoo Negara, Zoo Taiping atau Zoo Melaka namun ia tetap dapat mengabadikan kenangan bersama hidupan liar terutamanya hidupan liar di Borneo...
Babai dan jumpa lagi...
Sumber Bacaan Lain:
http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/berita/Jun08%2026b.htm
http://bahcom.blogspot.com/2008/10/taman-hidupan-liar-borneo-menanti.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Hidupan_Liar_Lok_Kawi
Lepas pergi Taman Hidupan Liar Lok Kawi... Bagus juga kalau layan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru.
CATATAN: Memang best kalau pergi ramai-ramai....
In : Free Topics
Tags: "taman hidupan liar lok kawi pantai tanjung aru"
blog comments powered by Disqus