Masih ramai yang berduyun-duyun membuat rayuan untuk ke Tingkatan 4 sesi 2010

Fleksibiliti SM Teknik Tawau yang biasanya akan membawa padah diteruskan pada tahun ini seperti biasa... Mungkin pada zahirnya kita menjalankan tugas supaya kuota pelajar dapat dipenuhi namun kualiti pelajar yang diambil pasti akan menjejaskan sasaran GPS yang pada tahun 2011.

Apabila mesyuarat kurikulum dijalankan seperti biasa, antara punca yang biasa diutarakan untuk ketidak-boleh-capaian sasaran ialah kualiti pelajar yang diambil semasa tingkatan 4. Proses ini sudah berlaku berulang kali dan ia masih tidak dititikberatkan dan alasan yang sama pasti digunakan untuk menyokong GPS yang bakal dicapai kelak.

Saya sangat prihatin dengan tajuk Berita Harian kelmarin yang bertajuk: 68 sekolah teknik dijadikan sekolah vokasional menjelang 2012. Hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi untuk SM Teknik Tawau sebelum kembali kepada SM Vokasional Tawau seperti 15 tahun lalu. Dan penuruntarafan ini tidak diiringi oleh suatu keputusan yang hebat melalui pengambilan pelajar yang lebih baik.

Penurunan daripada syarat minimum iaitu 4A kepada 4B merupakan suatu yang keputusan yang kurang saya gemari namun itu ialah keputusan pihak sekolah. Samaada perkara ini dipengaruhi oleh unsur politik atau sebagainya, kita tidak akan dapat mengetahui punca sebenar melainkan melihat proses ini berterusan.

CATATAN: Semoga berjaya dengan rayuan.....