Salah seorang daripada peserta syarahan agama sedang menyampaikan syarahannya... Baca teks?

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat SM Teknik Tawau ini telahpun mengambil tempat, kelmarin 14/09/2011 dengan semua pelajar tingkatan 4 diwajibkan menghadiri majlis tersebut. Maksudnya, tiada kelas p & p untuk semua pelajar tingkatan 4. Dan, oleh kerana saya telahpun menghabiskan silibus Sains Tingkatan 4, rasanya program seperti ini tidak akan mengganggu perancangan pengajaran tahunan...

Majlis yang bermula kira-kira jam 7:30 pagi ini bermula dengan pertandingan Tilawah Al-Quran. Memandangkan saya tidak faham dengan apa yang disampaikan, saya hanya meneruskan tugasan Pahaikan.com untuk merakamkan memori pertandingan untuk diabadikan dalam blog Pahaikan.com.


Para pengadil untuk pertandingan Syarahan Agama.. Ustaz Khusairi macam meniru "jawapan" Cikgu Kholik tu... Hehehehe...


Pembantu pengadil AKA Penjaga Masa... Happy pula diorang ni...


Peserta Tilawah sedang menyampaikan "lagu"nya...


Diaorang bilang dia ni yang paling best...

Setelah semua peserta Tilawah Al-Quran selesai menyampaikan persembahan mereka, giliran peserta Syarahan Agama mengambil tempat mereka. Ramai pula peserta untuk pertandingan ini... Apa pun, kebanyakan peserta membaca teks yang dibawa ke pentas dan sedikit-sebanyak menjejaskan kualiti keseluruhan persembahan...


Yang ni ada lucu sikit... Sekejap garuk kepala, sekejap garuk paha.. Hmm.... Kalau ambil video mungkin best...


Yang ini pun sama juga...


Hah... Yang ini lagi la...


Ada gaya juga di Norazni ni.... Harap-harap dapat nombor..

Banyak pertandingan yang dijalankan dalam majlis ini tapi... Saya tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya kerana banyak benda lain yang perlu dibuat... RPH untuk hari ini pun belum bikin...


Ada juga pelajar Tingkatan 5 yang datang untuk memeriahkan majlis ini...


Apa yang ko seronok tu...

Dan, yang saya dapat tahu, Pertandingan Nasyid Kontemporari adalah pertandingan yang terakhir... Tapi tidak sempat tengok diorang beraksi... Apa pun, tahniah kepada pihak penganjur yang telah mengisi masa persekolahan pada hari ini dengan program berbentuk keagamaan..


Antara peserta pertandingan nasyid... Korang bertanding atau buat persembahan saja??


Gambar promosi...

CATATAN: Besok baru dapat hadiah pula kann...