Kawasan tumpuan guru diawal pagi - Kaunter kehadiran guru...

Majlis Restu Ilmu, Solat Hajat dan Penyerahan Transkrip Pelajar Tingkatan 5 2009 telah berlangsung dengan jayanya pada 07 November 2009. Bagi sesetengah pelajar, majlis sebegini amat perlu untuk memberikan mereka lebih semangat dan kekuatan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang bakal bermula pada 18 Nov nanti.

Program bermula pada jam 7.30 pagi. Pelajar dan guru berkumpul di Dewan TAS sambil menantikan kedatangan ibu bapa pelajar untuk menyempurnakan semua aktiviti yang dirancang untuk majlis ini.


Cikgu Yahya Ismail berucap dengan penuh semangat...

Majlis dimulakan dengan ucapan dari pihak pentadbir yang menyaksikan Cikgu Yahya berucap dengan penuh semangat. Diiringi dengan kasih sayang seorang guru, beliau meluahkan perasaan beliau terhadap masa depan pelajar yang masih belum terjamin dan meminta pelajar supaya sangat komited untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Antara yang saya ingat ialah "Maukah kamu mendapat keputusan yang tidak baik dan bekerja di Park Well, Giant atau Milimewa... selepas mendapat keputusan SPM nanti..??" dan jawapan pelajar... Tidak!


Cikgu Azman menyampaikan anugerah kepada para pemenang: Kategori ERT: Awang Azran Awang Azahar (5 Bak) - GPA 3.6, Kategori Vokasional: Jerome Wong Ken Ho (5 Auto) - GPA 3.0 dan Kategori Teknikal: Nur Farhani Ambo (5 PTM) - GPA 2.7

Selepas ucapan majlis diserikan dengan penyampaian pelajar terbaik untuk kategori ERT, Vokasional dan Teknikal. Selepas itu, majlis berehat sebentar sementara menungu Majlis Restu Ilmu untuk bermula.


Gelagat pengacara majlis, Cikgu Kholik dan Nurleena (5 PKM2)... Hm..


Guru-guru yang sabar menanti program restu ilmu berlangsung...

Sebaik program dimulakan, pelajar perempuan mendahului - berbaris sambil bersalam-salaman dengan guru. Ada pelajar sedih, ada yang gembira dan ada juga yang tidak mempunyai reaksi. Apa pun guru-guru telah bertungkus lumus berusaha untuk membentuk pelajar sejak dari Tingkatan 4 dan sekarang semuanya terpulang kepada pelajar.


Beginilah majlis restu ilmu dijalankan di SM Teknik Tawau... Pelajar minta ampun dan maaf dan guru menghalalkan ilmu yang dicurahkan..

Selepas pelajar perempuan, giliran pelajar lelaki pula. Agak dramatik namun segala ilmu dihalalkan supaya pelajar dapat menjawab dengan lebih mudah dalam peperiksaan.


Beginilah kalau sudah mau habis sekolah... Guru-guru pasti akan merindui pelajar-pelajar SPM 2009...


Aksi pelajar selepas program Restu Ilmu..

Selepas habis Majlis Restu Ilmu, pelajar diberikan rehat 20 minit sebelum meneruskan program ceramah yang diberikan oleh Timbalan Pengerusi PIBG Sm Teknik Tawau.


Azman bersama Timbalan PIBG yang turut memberikan ceramah kepada ibubapa dalam majlis ini.


Petugas khas yang menguruskan makanan sempena majlis ini.... Guru, Cikgu Mariani dan pelajar Katering...

Selepas ceramah, Majlis penyerahan Transkrip Pelajar dimulakan dan semua guru teliti memberikan penerangan tentang perkembangan pelajar dan gambaran pencapaian mereka dalam SPM nanti. Mungin ada ibu bapa yang kurang berpuas hati namun itu semua datang dari pada usaha anak mereka yang dua tahun menghabiskan masa di SM teknik Tawau, menuntut segala ilmu yang ada pada guru mereka.


Cikgu Arsah yang sibuk melayan pertanyaan bapa pelajar..

CATATAN: Kepada semua pelajar yang mengambil SPM 2009, buatlah yang terbaik kerana apa pun keputusannya nanti, ia akan menentukan masa depan anda...