Said Shafiq, pelajar 5 PKM2 merenung masa depan yang belum pasti...

Majlis Penyerahan Transkrip Pelajar Tingkatan 5 dilaksanakan sejurus Majlis Perasmian Penutupan Program Peningkatan Disiplin dan Motivasi Kecemerlangan Pelajar yang telah berjalan selama dua hari sebelumnya. Majlis yang dihadiri lebih kurang 200 orang ibu bapa ini bermula kira-kira jam 10.30 pagi setelah ucapan perasmian penutupan dilakukan oleh Pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Bin Okasa.


Ucapan panjang lebar dari pengetua SM Teknik Tawau, Encik Johan Bin Okasa

Walaupun pelajar nampak agak keletihan, namun mereka masih bersemangat untuk terus menjayakan majlis penyerahan LAB ini. Guru-guru juga tidak kurangnya dengan wajah yang murah dengan senyuman, semua tugas dijalankan dengan ikhlas.


Guru-guru yang komited menjalankan tugas mereka...

Semasa penyerahan LAB dilakukan, saya sempat meninjau beberapa kaunter penyerahan yang diwakili oleh guru kelas masing-masing. Rasanya, suasana setiap meja berbeza-beza mengikut pencapaian pelajar - ada yang diiringi dengan tangisan dan ada juga yang diselang selikan dengan gelak ketawa yang kegembiraan. Apa pun keputusan yang diperolehi, ia sebenarnya menampakkan usaha pelajar yang selama ini. Jangan risau, ini bukan keputusan SPM. Masih ada ruang untuk peningkatan dan setiap usaha yang bermula dari hari ini pastinya akan membuahkan sesuatu pada hari penentuan (SPM) nanti.


Antara kaunter penyerahan LAB yang sempat diambil gambar...

Semua yang bermula pasti ada pengakhirannya. Majlis berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari tetapi guru-guru hanya dibenarkan pulang selepas 12.30 tengahari. Mengikut apa yang saya dimaklumkan, pengetua meletakkan tempoh masa bekerja pejabat sebagai panduan sebelum membenarkan guru-guru balik. Yang penting tugas telah selesai... Tahniah untuk semua yang terlibat.


Yang ini hanyalah gambar selingan. Memang nasi kuning yang disediakan pada hari tersebut kira boleh tahan terutamanya dia punya sambal... Pedas-pedas gitu..!!! Hehehe...

CATATAN: c Said jadi pembuka selera entry LAB ni ... Relaks ko Said... Nanti markah Kimia kena kasi tinggi lagi ok... Hehehheehe