Antara gelagat pelajar bersama ibubapa mereka yang sempat dirakamkan semasa program ini berlangsung...

Program Penyerahan LAB SM Teknik Tawau telah pun berlangsung hari ini, dari jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang. Hari Sabtu yang diambil bagi menggantikan cuti hari raya (Jadual hari Isnin) ini dimulakan dengan p&p seperti biasa.

Ibu bapa mula datang sekitar jam 9:30 pagi. Ada yang kelihatan gembira tetapi kebanyakan pelajar lebih kelihatan gementar untuk berhadapan dengan guru kelas masing-masing untuk mengambil LAB mereka.


Relaks nampak.... Mungkinkah mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan baru-baru ini...

Menurut beberapa orang guru kelas, beberapa orang pelajar khasnya pelajar Tingkatan 5 menangis apabila menerima LAB mereka namun yang pasti para pelajar ini sudah mula menyedari kepentingan untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan.


Cikgu Kasmah bersama pelajar Tingkatan 5 PKM

Pelajar yang telah mengambil LAB dibenarkan balik bersama dengan ibu bapa masing-masing.


Encik Ahmad Fakhrurazi, Penolong Kanan HEM sedang berurusan dengan bapa pelajar

Dalam masa yang sama, satu perjumpaan khas ibubapa, pelajar dan Penolong Kanan HEM diadakan di BMG1 untuk membincangkan tentang keputusan dan disiplin bagi pelajar bermasalah. Rasanya, segala perbincangan telah pun berjalan dengan baik....


CATATAN: Perlu memperbaiki diri sebelum menghadapi peperiksaan SPM...