Acara penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Yahaya Ismail

Majlis Penutupan Minggu Bahasa berlangsung hari ini, selepas masa rehat hingga jam 1:00 petang.

Minggu Bahasa yang bermula sejak 12/07/2011 ini menampilkan beberapa pertandingan merangkumi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kalau boleh saya senaraikan pertandingan dengan senarai pemenang, tapi tiada salin pula....


Pelajar Tingkatan 4 & 5 memenuhi ruang dewan sambil menikmati persembahan yang disediakan...

Dan, yang best... Pertandingan Akhir Spelling Bee di buat "secara langsung" masa majlis penutupan ni... Ejaan pun boleh tunggang terbalik kalau begini... Apa pun tahniah kepada peserta akhir yang kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk menutup kegelisahan dan gemuruh di pentas...


Cikgu Syed Abdul Rahman menjadi pengacara untuk pertandingan Spelling Bee


Amy versus Afiq


Adik Afiq Dulmi, wakil Kursus Teknikal


Adik Amy, wakil Kursus Vokasional

Tahun lepas, Pahaikan.com terlepas peluang tengok Minggu Bahasa sebab terlibat dengan aktiviti luar. Apapun sekalung ucapan tahniah kepada semua guru Jabatan Bahasa terutamanya kepada Cikgu Ishak Japar, Ketua Bidang Jabatan Bahasa yang telah merancang dan merealisasikan semua program untuk Minggu Bahasa.


Apa tu Cikgu Ishak?


Hehehe... Dapat hadiah juga ko ya...??

Kepada yang menang... Tahniah diucapkan... Kepada yang tidak bernasib baik.. Tahun depan ada lagi...

Dan, Kumpulan CLICK FIVE turut memeriahkan majlis... OPSSSsss... Hehehe... Bukan pula.. Pelajar asrama memberikan persembahan nyanyian Lagu Jenny oleh Kumpulan CLICK FIVE... Persembahan lain pun best juga tapi tidak sempat dirakamkan...


Khalid Iqbal dari kelas 4 PKOM menjadi sandaran utama untuk lagu ini...


Walaupun tidak berapa sedap... (Ehem..) Tapi semua orang suka persembahan diorang ni..

CATATAN: Perlu banyak latihan menyanyi kalau mau buat persembahan... Rasanyalah.....