Laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali yang disempurnakan oleh Encik Gasing Bin Haji Saling

Bulan kemerdekaan yang dilancarkan pada 29/07/2011 yang lalu (http://www.pahaikan.com/blog/pelancaran-bulan-kemerdekaan-sm-teknik-tawau-29-07-2011) dengan rasminya ditutup pada hari ini dalam majlis yang sederhana tetapi meriah,  Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan SM Teknik Tawau 2011. Sepanjang bulan sambutan, warna jalur gemilang terus menghiasi kelas dan lanskap sekolah dan majlis ini menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri setiap warga SM Teknik Tawau.

Majlis Perasmian Penutupan anjuran Kelab Rukun Negara ini turut disertai oleh Jabatan Kemanusiaan yang turut sama menutup Minggu Jabatan Kemanusiaan.

Majlis bermula lebih kurang jam 10:30 pagi (selepas rehat). Perasmi yang dijemput, Encik Gasing Bin Haji Saling yang juga EXCO Pendidikan Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Bapa Angkat Kokurikulum SM Teknik Tawau tiba di perkarangan dewan lebih kurang jam 11:10 pagi. Sebaik melangkah keluar daripada kenderaan, paluan kompang bergema untuk menghebahkan kepada seluruh warga yang berada di Dewan Tun Ahmadsah bahawa tetamu VIP telahpun tiba...



Pasukan Kompang SM Teknik Tawau yang telah banyak berbakti dalam majlis rasmi sekolah...


Sabar menanti... Para pemegang bunga manggar...


Encik Gasing Bin Haji Saling tiba dan disambut oleh Cikgu Yahaya yang mewakili pihak pentabir


Para tetamu VIP diiring masuk ke dalam dewan oleh para petugas Protokol


Semangat Hari Malaysia!!!...


Barisan guru-guru perempuan yang sama-sama memeriahkan majlis ini...


Semua pelajar sabar menunggu program majlis ini...

Setelah bacaan doa dan nanyian lagu, Adik Awang Azrie mengetuai semua hadirin untuk membacakan Ikrar Rukun Negara. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari pihak pentadbir (Sememangnya minggu ini hanya Cikgu Yahaya Ismail sahaja yang tinggal) dan ucapan perasmian daripada Encik Gasing.


Bacaan Ikrar oleh Adik Awang Azrie


Ucapan alu-aluan dari Encik Yahaya Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum SM Teknik Tawau


Ucapan Perasmian oleh Encik Gasing Haji Saling


Cenderahati kenangan buat perasmi, Encik Gasing

Selesai sahaja ucapan perasmian dan penyampaian cenderahati kepada perasmi, majlis diteruskan dengan Persembahan Multimedia (Tayangan Video) daripada Pelajar Praktikal dari Politeknik Mukah, Sarawak. Tayangan video yang memaparkan gambar-gambar bersejarah sempena kemerdekaan yang disambut 54 tahun yang lalu bersama dengan sedutan ucapan daripada para perdana menteri terdahulu. Sememangnya, tayangan video ini membuatkan suasana dewan sedikit sunyi sambil mendengarkan setiap patah ucapan daripada tayangan tersebut.


Tayangan video hasil kerja tangan pelajar praktikal Politeknik Mukah, Sarawak


Wah... Sukanya dia...


Uii... Best ka tayang video ni...


Hmmm... Gaya ada tapi.. Jarak jauh ... Lain kali baru ambil gambar lagi la...


Guru-guru perempuan menikmati tayangan video dari bahagian belakang dewan...

Selepas itu, majlis diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah. Semasa majlis penyampaian hadiah ini... Tidak ramai yang menengok kamera semasa mengambil hadiah... Jadi kebanyakan gambar kira tidak jadi... Nasib la.. Siapa suruh tidak tengok kamera... Free bah ni.... Apa pun, gambar yang disertakan disini adalah antara mereka yang sempat menoleh ke arah kamera... Terima kasih diucapkan.. (Kalau tidak.. buat penat saja ambil gambar...)


"Terima kasih tuan..."


Tahniah...


Ko menang apa ni kecik?


Gembira nampak...

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan persembahan Sajak, Pantun, Nasyid, Syarahan, Lagu Patriotik, Peragaan Pakaian Kebudayaan Malaysia dan Persembahan Koir Lagu Tema Hari Kebangsaan.


Persembahan sajak...


Persembahan syarahan...


Persembahan Nasyid Kontemporari daripada pemenang pertama...


Semangat padu...


Merakam video ka tu Noraini...??


Adik Sharifah dengan lagu "Perwiraku"... Superb...


Hero Tamil, Sayshadri dan Hemanathan


Dari Kiri: Pakaian Murut, Pakaian Filipina, Pakaian Kenyah (Cornelia) dan Pakaian Kadazan


Dari kiri: Pakaian Jawa (Nadirah), Pakaian Bajau Semporna (Nurul Akmah) dan Pakaian Cheong Sam (Hazeline)


Barisan model yang memperagakan pakaian kebudayaan di Malaysia...


Cikgu Kholik menyampaikan sajak khas buat majlis ini...


Persembahan Koir Lagu Tema Hari Kebangsaan Malaysia 2011


Paling kuat suara dia ni...

Majlis ini diakhiri dengan Acara Laungan Kemerdekaan yang dilakukan oleh Encik Gasing. Laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali yang disambut oleh seluruh isi dewan mengegarkan suasana dan meremangkan bulu roma...


Main bisik-bisik ni... Hehehe...


Tangan angkat ke atas la... Bukan ke depan... Macam menumbuk pula ni...


Jamuan makan tengahari bersama perasmi di kantin sekolah

Secara keseluruhannya, susunan aturcara majlis ini merupakan suatu bukti bahawa ia adalah suatu majlis yang telah dirancang dengan baik. Namun, perancangan masa mencacatkan perjalanan aturcara dan menyebabkan beberapa persembahan dalam 1 jam terakhir kelihatan sedikit kelam kabut. Slot Nyanyian Lagu Patriotik yang diumumlkan untuk 2 lagu dikurangkan menjadi 1 dan Peragaan Pakaian Kebudayaan kelihatan terlalu cepat dan belum pun sempat para penonton menjiwai keharmonian antara suku kaum yang ditampilkan, mereka sudah pun diarahkan beredar dari pentas... Apa pun, tahniah kepada penganjur majlis yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis ini. Sesungguhnya majlis ini telah berjaya menyemarakkan semangat patriotisme yang diperlukan dalam majlis seumpamanya...


Tahniah kepada barisan guru dan model peragaan pakaian kebudayaan yang sekurang-kurangnya berjaya menampilkan pelbagai jenis pakaian kebudayaan walaupun dalam tempoh masa yang singkat...


Susah mau ambil gambar ni... Terhalang oleh pintu... Jadi terpaksalah di"crop"...

Semangat patriotisme yang tinggi sememangnya perlu ditanam dalam jiwa setiap warganegara tidak kira dimana pun berada. Bagi saya, sambutan Hari Kemerdekaan seperti ini hanyalah satu sambutan penghargaan dan mengenang jasa para pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan, dan dalam buku teks sejarah ianya lebih mengkhusus kepada perjuangan di Tanah Melayu. Apa pun, itu hak para penulis buku untuk meng"highlight"kan perkara yang ingin mereka sebarkan ke dalam pemikiran rakyat...

20 PERKARA yang temaktub dalam Perjanjian Pembentukan Malaysia misalnya (^ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (PDF). United Nations Treaty Collection. United Nations. July 1963. Retrieved 2010-09-22.; http://www.sapp.org.my/constitution/20_perkara_sabah.asp; Agreement Relating To Malaysia Between UK, North Borneo, Sarawak and Singapore) , belum direalisasikan sepenuhnya, mungkin hanya 5%, tetapi hakikat sebenarnya ialah ianya "disembunyikan dengan berhemah" daripada pengetahuan awam terutamanya mereka yang berada di Semenanjung Malaysia yang saya rasa tidak faham langsung dengan kepentingan 20 PERKARA yang dimeterai sebelum persetujuan dicapai bagi membentuk Malaysia pada hari ini .... 20 PERKARA sememangnya sangat berbaloi untuk diperjuangkan.... MERDEKA!!!


Gambar promosi... :) Aimi Amalina

Gambar-gambar lain boleh dinikmati di: http://www.pahaikan.com/album3.php#bn-photocenter-1-1-606783686/59524/1/

CATATAN: Apakah erti KEMERDEKAAN bagi anda?