Plant hopper, tapi tidak pasti pula nama spesies dia ni...

Memang low budget... Tapi sebab minat saya try dulu sebab duit belum cukup untuk beli peralatan yang mahal... Sememangnya lens Canon MP E-65mm dan Canon EF 100mm f2.8 L Macro IS USM (masing-masing berharga sekitar RM3000) menjadi idaman untuk kerja macro ni...


Labah-labah kecil yang selalu buat sarang dekat bucu dan bawah meja...


Labah-labah yang sama...


Robber fly atas daun nenas...

Ini adalah senarai peralatan yang saya gunakan untuk mengambil gambar di atas...

Kamera: Canon EOS 60D
Lens: Cosina Promaster AF 100mm Macro f3.5 + Matched Macro 1:1 adapter
Tripod: No tripod used (Hand held)
Flash: Nissin Di866 with diffuser


Tengok saiz lens Cosina ini berbanding Tamron 17-55mm VC


Dua lens yang selalu saya gunakan tetapi untuk tujuan yang berbeza...

Lens Cosina Promaster AF 100mm Macro f3.5 (terpakai) ni saya dapat dari e-bay pada harga RM400. Kira mahal ni sebab kalau tidak silap, harga asalnya lebih kurang USD200 (dalam RM600) sahaja. Tapi oleh kerana lens ni tidak lagi dikeluarkan (kira rare item la sudah ni)... Belasah saja la... Lens ni juga dikenali dengan nama timangan "Plastic Fantastic" kerana hampir semuanya diperbuat daripada plastik tapi masih mampu untuk memberikan hasil yang boleh pakai (tapi semuanya gambar crop ni).... Cuma lens ni bising betul masa auto fokus... Takut rosak pula.... Tapi tidak juga la..

Lepas ni, saya akan try guna tripod pula. Tapi yang ni kena guna trigger untuk meminimumkan pergerakan. Saya sudah pun beli secara online dari Shashinki.com (belum sampai masa entri ni masuk), Phottix Tetra (PT04) 4 Channel Wireless Flash Remote Trigger + 1 Receiver (RM135.00).. Nanti kemudian kita update...

CATATAN: Cari pengalaman macro dengan lens ni dulu... Hehehehe..