Ketua Zon Patin, Cikgu Kamariah menjelaskan prosedur menggunakan fail dalam Bilik Fail...

Rombongan lawatan 5S SESB ini disertai oleh 11 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Ramlan (10 lelaki dan seorang perempuan).

Sebenarnya SESB Cawangan Tawau telah terlebih dahulu melaksanakan Program 5S mereka beberapa tahun yang lalu. Menurut Encik Ramlan, lawatan ini sebenarnya adalah untuk memenuhi salah satu syarat pelaksanaan 5S iaitu membuat lawatan sambil berkongsi maklumat tentang amalan 5S di tempat mereka.


Macam kurang satu ni....


Ini ialah Carta Organisasi Pejabat Am...


Ini antara gambar perubahan yang direkodkan dalam zon berbeza sebelum dan selepas 5S...


Masa ni ada apa ya??

Menurut beliau lagi, walaupun mereka telah melaksanakan program 5S lebih awal namun lawatan kali ini sedikit sebanyak memberikan sedikit idea dan tambah nilai kepada program 5S di tempat mereka. Beberapa idea yang telah dilaksanakan di SM Vokasional Tawau seperti pelaksanaan Kad Akses Fail dan Kad Rekod Baki Stok Bahan mungkin boleh diaplikasikan di tempat mereka mengikut keperluan.


Enjin MIVEC 1.5 standard... Ada minat?...


Mesin paling mahal dalam Bengkel ABM... Namanya? Saya pun kurang pasti...


Bagus... Kemas stor peralatan Bengkel ABM ni...


Cikgu Qahar menerangkan serba sedikit cara penggunaan alat gerudi besar ni..


Acara menulis Buku Pelawat di Bengkel PKOM...

Apapun, kejayaan pelaksanaan 5S sebenarnya bergantung kepada "S" yang ke-5 iaitu SHITSUKE atau SENTIASA AMAL. Tanpa pelaksanaan "S" yang ke-5 ini, semua yang dibuat dari mula akan berakhir dengan keadaan yang dahulu...


Encik Ramlan semasa dalam sesi perkongsian maklumat dan penutup...


Terima kasih dan nanti giliran kami pula sampai ke SESB...


Senyum bukan sebarang senyum, Senyum kambing hati menguntum, Hati terasa macam dilantun... Sebab Cikgu Nor Asmani main pantun-pantun... Memang berbunga-bunga pantun Cikgu Nor Asmani...

Terima kasih diucapkan kepada rombongan pelawat... Semoga kita berjumpa lagi untuk sesi lawatan yang sama tahun depan....


Gambar kenangan Lawatan SESB bersama Ahli Jawatakuasa Induk 5S SM Vokasional Tawau.... (Gambar saya juga yang tiada...)

CATATAN: Mesti mau SENTIASA AMAL bah...