Larian Merentas Desa Sempena SOT 2011 - 18/06/2011
Posted by pahaikan on Sunday, June 19, 2011 Under: Teknik Tawau
Cikgu Yahya Ismail memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan program kepada para pelajar...
Larian Merentas Desa sempena SOT 2011 telah dijalankan pagi kelmarin, yang menyaksikan kesemua 8 Rumah Sukan berentap untuk memastikan mereka mengutip markah tertinggi sebagai bekal ke Hari Sinar Obor Teknik 2011 yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21/06/2011.
Sekalung ucapan tahniah kepada Penyelaras Larian Merentas Desa kali ini iaitu Encik Haindy Sapikit dan semua ahli jawatakuasanya, yang telah berjaya menyusun dan melaksanakan program ini dengan cemerlang. Persediaan yang agak terganggu dengan cuti Semester 1 namun semua itu berjaya diatasi dan telah dijelmakan kepada satu penganjuran yang cemerlang.
Sementara taklimat diberikan, guru-guru rumah sukan mengambil kesempatan untuk mengedarkan nombor peserta larian merentas desa...
Cikgu Harun, Ketua Guru Rumah Sukan Arka
Cikgu Zubir, Ketua Guru Rumah Sukan Saga
Cikgu Shaharuddin, Ketua Guru Rumah Sukan Data
Program Larian Merentas Desa ini bermula pada jam 6:45 pagi dimana semua pelajar dikumpulkan di hadapan Dataran Teknikal, kawasan padang bola jaring. Setelah ucapan dan taklimat diberikan, semua pelajar diminta untuk melakukan senamrobik untuk meregangkan otot sebelum membuat larian bagi mengurangkan risiko kecederaan.
Macam seronok nampak..
Ni lagi seronok...
Kumpulan ni ada barisan lain ka?
Ok.. Hulurkan tangan ke atas...
Bagus peserta dari Rumah Tuah ni...
Uikk... Yang ini apa? Gelek Ari-Mau ka... Hahaha..
Masa Poco-Poco ka ni?
Hm.. Ngam la ni...
Semangat pula Adik Sumarni ni..
Yang ni macam tidak ikut bersenam saja ni...
Kenapa macam pening kepala ni? Pasal senaman atau?
Yang ni tidak ikut senaman... Tapi macam "concentrate"...
Terima kasih kepada barisan "instructor" senamrobik ini..
Lepas tu, ada pula senaman tambahan... Neh.. Kotoh... Hehehehe...
Lupa pula nama senaman ni... Siapa yang ingat ya??
Uii.. Korang satu stesen ka ni? Atau...
Pegawai Trafik mengesahkan kehadiran mereka untuk bertugas...
Pengetua memberikan kata-kata semangat kepada semua peserta sebelum bergerak ke garisan permulaan..
Peserta perempuan dilepaskan dahulu dan selang 10 minit kemudian, peserta lelaki pula dilepaskan. Trek Larian Merentas Desa kali ini masih menggunakan lama tetapi diubah sedikit di persimpangan Taman Uni Villa. Jarak larian masih dikekalkan iaitu 7 km untuk kategori lelaki dan 5 km untuk kategori perempuan. (Boleh rujuk file Peta Larian Merentas Desa 2010).
Laluan Larian Merentas Desa 2011...
Semua sudah sedia ka ni?
Ya la.. Bergaya la dulu kannn..
Adik Sumarni mendahului para peserta sejurus selepas siren dibunyikan...
Cepat... Nanti tertinggal jauh.. Hehehe...
Peserta lelaki menunggu giliran untuk dilepaskan...
Sabar semua... Sekejap lagiii...
Hmm... Semangat ni.... Siap bawa botol air lagi...
Tapi... Ada juga yang berjalan kaki saja ni...
Jabatan Pertahanan Awam turut membantu untuk rawatan dan keselamatan peserta sepanjang program ini berlangsung...
Seperti tahun lepas, hanya 2 kategori dipertandingkan iaitu, kategori lelaki dan kategori
perempuan dan 20 hadiah disediakan untuk setiap kategori. Semua sudah sedia ka ni?
Ya la.. Bergaya la dulu kannn..
Adik Sumarni mendahului para peserta sejurus selepas siren dibunyikan...
Cepat... Nanti tertinggal jauh.. Hehehe...
Peserta lelaki menunggu giliran untuk dilepaskan...
Sabar semua... Sekejap lagiii...
Hmm... Semangat ni.... Siap bawa botol air lagi...
Tapi... Ada juga yang berjalan kaki saja ni...
Jabatan Pertahanan Awam turut membantu untuk rawatan dan keselamatan peserta sepanjang program ini berlangsung...
Adik Fazilah Amchas menamatkan larian di tempat ke-4..
Mohd Aizat mendahului peserta lelaki ke garisan penamat...
Tewas apabila dipintas oleh Mohd Aizat semasa larian berbaki lebih kurang 1 kilometer.
Antara pelari perempuan dalam kelompok 20 pelari pertama yang sampai ke garisan penamat..
Apa cerita naik pick-up ni..
Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh pengetua di Dewan TAS lebih kurang jam 11.00 pagi.
Pemenang kategori lelaki ialah Adik Mohd Aizat dari Rumah Mega dengan catatan masa 44.52 minit, tempat ke-2, Adik Amirul Asyraf (Saga) dengan catatan 46.22 minit manakala tempat ke-3, Adik Mohd Arif (Saga) dengan catatan masa 44.49 minit.
Tempat Pertama Kategori Lelaki: Adik Mohd. Aizat
Tempat Ke-2 Kategori Lelaki: Adik Amirul Asryaf
Tempat Ke-3 Kategori Lelaki: Adik Mohd. Arif
Kategori perempuan pula dimenangi oleh Adik Sumarni Mansor dari Rumah Saga (Tempat ke-3 dalam Larian Merentas Desa tahun 2010) dengan catatan masa 38.28 minit. Tempat ke-2 dimenangi oleh Adik Nurhamisah (Saga) dengan catatan 42.38 manakala tempat ke-3 dimenangi oleh Adik Fauzatunnisa (Data) dengan catatan 42.56 minit.
Tempat Pertama Kategori Perempuan: Adik Sumarni Mansor
Tempat Ke-2 Kategori Perempuan: Adik Nurhamisah
Tempat Ke-2 Kategori Perempuan: Adik Nurhamisah
Tempat Ke-3 Kategori Perempuan: Adik Fauzatunissa
Agak menghairankan, Adik Norfasira Jamaluddin yang menduduki tempat pertama pada tahun 2010 hanya berjaya menduduki tempat ke-9 pada tahun ini...
Terima kasih kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam yang turut menyumbang tenaga dalam program larian ini...
Setelah hadiah disampaikan kepada para pemenang, Cikgu Kholik Maming mengumumkan Johan Keseluruhan Larian Merentas Desa 2011 iaitu Rumah Saga yang berjaya mengumpul sebanyak 128 markah berbanding pencabar terdekat, Rumah Data dan Kasturi yang berkongsi tempat ke-2 dengan masing-masing mengutip 47 markah.
Cikgu Kholik yang juga guru rumah Mega kelihatan sangat gembira mengumumkan keputusan Larian Merentas Desa 2011
Keputusan Rasmi Larian Merentas Desa 2011
Turut diumumkan ialah pungutan markah keseluruhan setelah Acara Padang dan Larian Merentas Desa. Keputusannya ialah:
1 - Mega = 40 markah
2 - Data = 28 markah
3 - Jebat = 24 markah
4 - Saga = 23 markah
5 - Kasturi = 20 markah
6 - Tuah = 14 markah
7 - Wira = 10 markah
8 - Arka = 6 markah
2 - Data = 28 markah
3 - Jebat = 24 markah
4 - Saga = 23 markah
5 - Kasturi = 20 markah
6 - Tuah = 14 markah
7 - Wira = 10 markah
8 - Arka = 6 markah
Tahniah sekali lagi kepada semua menang.... Gambar untuk Larian Merentas Desa 2011 akan diupload nanti... Sabar saja la ya.... Kepada yang ingin mengimbas kenangan lalu, bolehlah mengklik: Album Larian Merentas Desa 2010 dan Larian Merentas Desa 2009.
CATATAN: Tidak banyak gambar Larian Merentas Desa 2011...
In : Teknik Tawau
Tags: "merentas desa 2011"
blog comments powered by Disqus