Gambar kenangan kursus Memasak Kek & Roti

Kursus yang dikendalikan oleh guru-guru dari Bengkel Bakeri dan Konfeksionari SM Teknik Tawau ini adalah dibawah kelolaan Kolej Komuniti. Seramai 14 orang peserta telah menyertai kursus ini. Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM30.00.

Bagi mereka yang selalu mengikuti kursus seperti ini, sememangnya tidak banyak benda yang baru tetapi bagi mereka yang jarang-jarang... Pastinya kursus seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan dan idea baru untuk mengubah atau menambah resepi masakan harian.


Ini antara aksi berbahaya mempromosikan roti pintal... Hehehehe...

Kursus ini bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir kira-kira 12:30 tengah hari.


Cikgu Masneh dengan ahli pasukan memperagakan brownies mereka...


Hait!!!... Ustazah Mariah dan Cikgu Munirah... Pas ni boleh la masak di rumah...

Kursus seterusnya bakal diadakan pada 07/08/2010 (Macam ditangguh dulu ni...) dengan 2 resepi lain iaitu Tat Telur dan Muffin. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi:

Puan Nurmisah Satta: 0128652970 atau Puan Rosdiana Dullah: 0168304897


Kursus Memasak Roti Pintal oleh Puan Rosdiana


Memasak Kek Brownies oleh Puan Nurmisah


CATATAN: Best juga masak-masak ni kadang-kadang... Hehehehe...