Kursus Kesedaran MS ISO ini dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Yahaya Ismail, Ketua Bidang Bahasa SM Teknik Tawau yang merangkap Penyelaras MS ISO SM Teknik Tawau Kursus yang bermula pada jam 2:00 petang ini diwajibkan kepada semua guru SM Teknik Tawau. Walaupun sekolah sudah mula bercuti pada 13/02/2010, semua guru komited untuk bersama-sama menghadiri kursus ini seterusnya merealisasikan pelaksanaan MS ISO di SM Teknik Tawau pada tahun ini.
Kursus ini sebenarnya hanya bertujuan untuk mengingatkan semula guru-guru tentang prosedur yang harus mereka patuhi dan lakukan sebelum, semasa dan selepas proses p&p.
Apa pun... terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir terutamanya penyelaras MS ISO yang mengambil masa untuk menerangkan kesemua prosedur kerja dari PK1 hingga PK12. Semua input yang diterima dalam kursus ini pastinya akan memberikan manfaatnya yang tersendiri...
CATATAN: Mana juga minuman sama kuih-kuih yang disebut tu...