Antara guru-guru yang mengendalikan kursus ini. Dari kiri - Duduk: Cikgu Nordayana, Cikgu Kholik Maming, Berdiri: Cikgu Nurliza dan Cikgu Dayang Fauziah

Kursus Kepimpinan Pelajar ini telah dijalankan selama dua hari iaitu dari 07 - 08/05/2010. Seramai 110 orang pelajar terlibat dalam kursus ini, mereka terdiri daripada Pengawas Sekolah, SVC dan PRS.

Kursus bermula seawal jam 6:45 pagi sehingga jam 3:00 petang dan disambung semula pada hari ke-2.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus ini ialah ice breaking, membuat logo, pembentangan kumpulan dan LDK.


Perbincangan kumpulan semasa aktiviti mencipta logo bagi kumpulan masing-masing...

Walau bagaimanapun, masih terdapat pelajar yang membuat masalah kecil seperti datang lewat. Semasa saya berada di dewan ini, terdapat dua orang pelajar sedang didenda kerana datang lewat...


Nah kan kena denda...

Diharapkan agar program seumpama ini akan dapat memberikan impak dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Janganlah setakat membuat program kerana dua hari tidak berada dalam kelas pastinya akan membuat pelajar ketinggalan dalam silibus pelajaran semasa.


Cikgu Sharifah dan Cikgu Hairuddin yang beraksi sebagai fasilitator dalam program ini sempat berpoing untuk pahaikan.com... Terima kasih...

CATATAN: Teruskan kecemerlangan anda semua untuk memimpin para pelajar yang lain...