Wafer Kaya buatan pelajar Kursus Bakeri & Konfeksionari SM Teknik Tawau. Dari masak hingga kepada pengguna..(Resepi adunan tepung adalah dirahsiakan)

Pada Majlis Penutupan Minggu Penjanaan Minda, Bengkel Bakeri & Konfeksionari mengadakan jualan makanan seperti sandwich, bun dan wafer kaya dihadapan Bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Walaupun sekali sekala bau logam menyelubungi kawasan jualan, namun para pengunjung yang datang kelihatan berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

Macam biasa... Pelajar lelaki akan mengendalikan tapak jualan manakala yang perempuan kebanyakannya terlibat dalam penyediaan bun di bengkel. Bagi saya, pelajar lelaki kursus ini nampak lebih bergaya menyediakan makanan ditapak jualan berbanding pelajar perempuan. Apa pun aspek kebersihan masih kurang dititikberatkan dan mungkin ianya perlu diperbaiki.

Kursus Bakeri & Konfeksionari adalah salah satu daripada 5 kursus yang ditawarkan di bawah bidang ERT SM Teknik Tawau. Kursus ini semakin mendapat perhatian terutamanya para pelajar dari luar Daerah Tawau kerana peluang kerjaya yang baik pada masa kini. 


Roti yang dibuat oleh pelajar Kursus Bakeri & Konfeksionari SM Teknik Tawau yang turut dijual pada hari tersebut...

Kursus bakeri & konfeksionari di SM Teknik Tawau menyediakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran dalam aspek pemakanan, operasi dapur, penyediaan membuat pastri, kek dan pelbagai jenis produk pengemasan. Di samping itu juga pelajar akan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk memulakan perniagaan sendiri dengan penerapan mata pelajaran simpankira praktik, teknik promosi dan perhubungan pelanggan dan amalan perniagaan.

Kursus ini memberi pendedahan tentang pengetahuan asas bakeri & konfeksionari agar pelajar dapat memahami beberapa aspek dibawah:
 
    * Pengurusan dapur bakeri
    * Kuih muih tempatan Malaysia
    * Membuat roti, kek dan biskut
    * Hiasan kek
    * Masakan Yis
    * Pastri
    * Konfeksionari
    * Hiasan Buah
    * Pie

Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai:

    * Tukang masak konfeksionari
    * Pengusaha bakeri
    * Usahawan dalam bidang yang diceburi
    * Baker
    * Pastry Chef

CATATAN: Ini promosi percuma untuk Kursus Bakeri & Konfeksionari SM Teknik Tawau....