Kertas Kimia 4541/2 SPM 2011 memberikan sedikit harapan untuk mengekalkan keputusan lulus 100%...

Akhirnya... Kontrak Matapelajaran Kimia di SM Teknik Tawau tamat pada tahun ini dengan berlabuhnya tirai Kertas Kimia pada jam 3:30 petang, 29 November 2011. Tamatnya kursus teknikal di SM Teknik Tawau juga akan menyaksikan penukaran nama SM Teknik Tawau kepada SM Vokasional Tawau bermula Januari 2012.

Apa pun perasaan yang dirasai - kecewa, geram, sedih dan gembira selama ini hanya akan tinggal kenangan yang indah bagi saya yang sudah menyusuri tempoh 9 tahun perkhidmatan dengan mengajar matapelajaran ini. Mungkin perpindahan akan menjadi pengubat yang terbaik untuk terus mengajar matapelajaran ini di tempat yang lain. Mungkin ini adalah misi seterusnya yang akan diperjuangkan...


Antara soalan yang keluar dalam Kertas 2 & 3...

Tahun ini merupakan tahun yang susah untuk diterangkan dangan kata-kata. Gangguan pada jadual waktu sejak awal tahun hingga bulan Mei sememangnya banyak menjejaskan rentak dan perancangan tahunan. Slibus hampir tidak habis... Penyelesaian terbaik adalah melalui kelas tambahan petang, malam dan hujung minggu.

Dan, 4 hari terakhir sebelum kertas Kimia 4541 SPM 2011 berlangsung, saya memperuntukkan 12 jam pagi dan malam untuk memberikan bantuan terakhir melalui soalan-soalan yang ditarget. Walaupun hanya 15 orang yang menunjukkan muka... Sedihnya... Senarai soalan yang ditarget pun ada diagihkan...


Antara pelajar yang hadir semasa sesi kelas tambahan terakhir...

Hampir 70% soalan yang ditarget dalam kertas 2 keluar dengan tepat tetapi, hampir meleset dalam Kertas 3. Kertas 3 yang biasanya keluar 3 soalan untuk 5 tahun kebelakangan ini, keluar 2 soalan pula. Satu pasal Rate Of Reaction - Concentration (Ada target tapi tidak terlalu ditekankan) dan soalan eseinya, Membina Persamaan Ionik Untuk Eksperimen Garam Tidak Larut, Plumbum(II) Iodida. Fuhh... Rasanya ramai yang tidak boleh jawab soalan ke-2 tu...

Sekarang, kita hanya mampu menunggu keputusan terakhir Kimia SPM SM Teknik Tawau... Kita sudah berusaha, apa pun keputusannya... Terpaksa terima dengan hati yang terbuka...

CATATAN: Tahun depan cerita Sains la pula...