Pengetua, Encik Johan bersama Cikgu Azman, Puan Rahayu dan Cikgu McManus kelihatan gembira dengan kehadiran dua buah kereta perdana untuk SM Teknik Tawau

Dua buah kereta Proton Perdana Executive V6 model tahun 2002 dengan nombor pendaftaran NBQ 7011 (Hitam) dan WMM 2351 (Maroon), tiba di SM Teknik Tawau lebih kurang jam 11.45 pagi pada hari Jumaat, 24/09/2010.

Saya masih tidak pasti tentang kehadiran kereta ini adalah untuk kemudahan Sekolah Kluster atau untuk bahan praktikal Bengkel Automotif, namun kereta perdana ini ternyata dalam keadaan yang sangat baik untuk digunakan sebagai kenderaan harian.


Cikgu Hillary dan Cikgu Zubir di depan kereta perdana hitam dengan nombor pendaftaran

Menurut Encik Johan Okasa, kereta ini tiba sehari sebelumnya di pelabuhan Tawau dan baru pagi tersebut diambil dan terus dibawa ke sekolah oleh Cikgu Hashim dan Cikgu Arash.


Cikgu Azman menge'test' kereta perdana maroon


Cikgu Hillary menge'test' kereta perdana hitam

Menurut Cikgu Azman dan Cikgu Hillary yang sempat menge'test' kereta-kereta ini, kedua-duanya dalam keadaan yang sangat baik dari segi enjin kerana kuasa lonjakan yang dihasilkan masih kuat dan mungkin hanya memerlukan servis rutin seperti menggantikan minyak enjin.


Puan Rahayu bergambar dengan Proton Perdana Maroon WMM 2351

Semoga kehadiran kereta ini akan memantapkan lagi pencapaian Bengkel Automotif serta semangat Teknik Tawau secara keseluruhannya....

CATATAN: Boleh bawa jalan-jalan ka ni??