Haziq, Taqiuddin, Ahamad dan Raja menunggu dengan debaran..... Penantian selama hampir 3 bulan kini berakhir... Keputusan SPM 2009 diumumkan pada hari ini. Perasaan gelisah dan takut pastinya menghantui fikiran bekas pelajar Tingkatan 5 SM Teknik Tawau 2009 yang bakal menerima keputusan mereka.
Seawal jam 9:00 pagi lagi, para pelajar mula berpusu-pusu datang ke sekolah namun mereka terpaksa menunggu sehingga jam 2:00 petang kerana analisis SPM 2009 sedang dibuat. Apa pun keputusannya... Pelajar terpaksa akur kerana inilah keputusan muktamad Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Antara guru-guru yang sibuk memeriksa keputusan pelajar... Ada yang nampak gembira dan ada juga yang nampak sedih... Sebagai Ketua Panitia Kimia, saya sangat kecewa dengan keputusan matapelajaran Kimia pada tahun ini. Penurunan % yang agak mendadak sesungguhnya sangat mengejutkan. Dengan strategi dan persediaan yang lebih baik berbanding tahun lepas, sasaran untuk meningkatkan keputusan keseluruhan matapelajaran Kimia hancur berderai... Apa pun, mungkin ini ada hikmahnya... Dan usaha yang lebih perlu dilakukan pada tahun ini supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi...
Antara pelajar yang datang untuk mengambil slip SPM 2009... Sempat bergaya lagi tu... Secara keseluruhannya, SM Teknik Tawau mencapai kelulusan
99.7% dengan min gred
5.28. Tahniah kepada semua pelajar dan guru atas usaha anda. Semoga berjaya di peringkat yang seterusnya...
Link yang patut di baca:
1.
http://www.sabahdaily.com/2010/03/7987-calon-spm-2009-cemerlang/2.
http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=712103.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GladyspelajarterbaikSPM/Article/CATATAN: Sungguh kecewa... Bagi tip pun macam tiada apa-apa pula...