Guru-guru dan ibu bapa sibuk menyemak nama pelajar yang berjaya masuk ke SM Teknik Tawau pada 30 Januari nanti. Hah... yang berkilat kepalanya tu siapa?

Keputusan permohonan kemasukan Tingkatan 4 SM Teknik Tawau telah berada disekolah sejak 15 Januari 2010 tetapi hanya ditampal ke papan kenyataan Hal Ehwal Pelajar pada hari ini. Nampaknya lebih kurang 500 penama dinaikkan tetapi berapa agaknya yang akan mendaftar kelak...

Agak dukacita dimaklumkan untuk Bahagian Teknikal dimana hanya 16 pelajar yang berjaya mendapat tempat iaitu masing-masing 5 pelajar utk PKA, 3 pelajar PKE, 5 pelajar PKM, 2 untuk PTM dan seorang sahaja untuk PD.

Nampaknya hampir pasti teknikal akan hanya mempunyai 2 kelas kecuali selepas pengambilan pelajar second intake nanti. Apapun, pendaftaran tetap akan berjalan pada 30 Januari 2010 dan kepada yang telah berjaya... Tahniah diucapkan. Anda telah memilih suatu langkah yang bijak iaitu mendapatkan kemahiran yang berguna untuk masa depan anda.


Satu sahaja yang berjaya mendapat tempat untuk kelas 4 PD... Macam mana la ni??

CATATAN: Mungkinkah tiada kelas Tingkatan 4 Teknikal untuk tahun ini??