Sekadar hiasan: Nombor Pendaftaran Kenderaan di Amerika Syarikat...

Sistem nombor pendaftaran kenderaan atau yang dikenali sebagai nombor plat ialah "nombor kad pengenalan" kenderaan bermotor. Biasanya orang akan cuba untuk mendapatkan nombor yang "cantik" untuk kenderaan masing-masing. Nombor plat ini wajib diletakkan dihadapan dan belakang kenderaan untuk memaparkan nombor pendaftaran kenderaan bermotor tersebut, seperti yang termaktub dalam undang-undang kerajaan Malaysia. Kebenaran mengeluarkan nombor pendaftaran ini dilakukan dan dipantau oleh Kementerian Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.


Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Persekutuan Tanah Melayu) antara tahun 1957 dan 1967.

Terdapat tiga rekabentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang diluluskan oleh JPJ iaitu,
  • Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  • Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan, PBB dan International Natural Rubber Association.
  • Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.


Sistem Nombor Pendaftaran di Malaysia menggunakan kod Alphabet untuk semua jenis kenderaan bermotor.

Negeri mana yang menggunakan Huruf A, kenapa?

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi pada ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.

Perak juga adalah negeri pertama yang menganggotai negeri melayu bersekutu diikuti selangor, pahang dan kelantan. Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Senarai Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri:

A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-(Sebelum tahun 1980)

EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan

F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak

QA & QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu

R = Perlis
S = Sabah (1980-Sekarang)

SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau

T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera

Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor



Nombor Plat Istimewa..

Proton: Issued for certain Proton cars.
Perodua: Issued for certain Perodua cars.
WAJA: Issued for Proton Waja cars.
Chancellor: Issued for Proton Chancellor cars.
Persona: Issued for Proton Persona cars.
Satria: Issued for Proton Satria cars.
Tiara: Issued for Proton Tiara cars.
Perdana: Issued for Proton Perdana cars.
LOTUS : Issued for Lotus cars.
KRISS: Issued for Modenas Kriss motorcycle.
Jaguh: Issued for Modenas Jaguh motorcycle.
NAZA: Issued for Naza vehicles.
SUKOM: Issued only during the 1998 Commonwealth Games, which was held in Kuala Lumpur at that year.
XIII NAM: Issued only during the 2003 NAM Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
X OIC: Issued only during the 2003 OIC Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
XI ASEAN: Issued only during the 2005 ASEAN Summit which was held in Kuala Lumpur at that year.
BAMbee: Issued only during the 2000 Thomas and Uber Cup which was held in Kuala Lumpur at that year.
XXX IDB: Issued to members and participants of the Islamic Development Bank conference.


Nombor Plat Teksi

HA: Ipoh & Taiping in Perak
HB: Klang Valley, Selangor
HC: Kuantan, Mentakab & Temerloh in Pahang
HD: Kota Bharu, Kelantan
HJ: Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Kluang & Kulaijaya in Johor
HK: Alor Star & Sungei Petani in Kedah
HL: Labuan
HM: Malacca
HN: Seremban, Negeri Sembilan
HP: Penang & Prai
HQ: Kuching, Miri, Sibu & Bintulu in Sarawak
HS: Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau in Sabah
HT: Kuala Terengganu, Terengganu
HW: Kuala Lumpur



Spesifikasi nombor plat: http://portal.jpj.gov.my/index.php
Nombor kenderaan terkini: http://portal.jpj.gov.my/index.php

Credit kepada link berikut:
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-210034.html
http://www.adamroslan.com/2009/11/sistem-nombor-pendaftaran-kenderaan-di-malaysia/
http://www.facebook.com/note.php?note_id=501129662910

CATATAN: Cari nombor plat "PAH41KAN"..... Bila rasanya baru ada ni...