Muka depan untuk Kempen Tebus Ria 2009

Kempen Maggi Tebus Ria 2010 telahpun bermula... Bukan apa... Kempen macam ni memang bagus pasal Nestle Products Sdn. Bhd. sanggup kutip semula paket Maggi yang kosong untuk ditebus dengan barangan keperluan rumah.

Kalau anda adalah peminat Maggi.. Memang ini adalah sesuatu yang baik sebab bayangkan 15 paket kosong boleh ditukar dengan Maggi Sos Cili 500 gram... Siapa mau bagi sos cili dengan paket kosong Maggi... Nah... Jadi bertindak bijak dan kumpulkan semua paket kosong maggi untuk ditebus dengan barang-barang yang ditawarkan.

Lagipun kempen ini hanya akan tamat pada 31/12/2010. Masa mengumpul memang banyak... Satu paket kosong = 1 mata.

Satu yang bagus tentang kempen macam ni ialah kita dapat menyelamatkan bumi dengan mengitar semula (recycle) barang-barang terbuang macam paket Maggi kosong.

Kalau berminat bolehlah dapatkan maklumat lanjut di pasar raya terkenal berdekatan tempat tinggal anda.

PERHATIAN: Saya rasa kempen ni hanya di Sabah, Sarawak & Labuan sebab senarai pusat penebusan hanya melibatkan IDS SEBOR, Sarawak dan HARRISSONS TRADING Sabah, Sarawak & Labuan.

Kalau anda berada di Tawau atau Kota Kinabalu, bolehlah menebus barangan tersebut di:

Harrissons Trading (S) Sdn Bhd,
1229, Jalan Dunlop,
91000 TAWAU.
Tel: 089-770127


Harrissons Trading (S) Sdn Bhd,
19, Jalan Haji Saman,
88000 KOTA KINABALU.
Tel: 088-215011


Anda juga boleh layari http://www.maggi.com.my untuk maklumat lanjut....

CATATAN: Saya pun peminat Maggi juga.....