Kempen EM Mudball SM Teknik Tawau - 29/09/2010
Posted by pahaikan on Saturday, October 2, 2010 Under: Teknik Tawau
Notis Kempen EM Mudball yang tertampal di papan kenyataan Pejabat Am
Kempen Menghasilkan Mudball (EM) ini adalah anjuran Majlis Perbandaran Tawau dengan kerjasama Junior Chamber International (JCI) Tawau Sempena Hari Bumi 2010. Keperihatinan tentang bumi semakin disedari oleh masyarakat dunia apabila kita melihat terlalu banyak hutan ditebang dan dibakar. Sungai dan laut juga tercemar dengan pembuangan sisa dan sampah sarap yang semakin lama semakin meningkat setiap hari. Bumi kita sememangnya sedang sakit dan perlu dirawat sebelum ianya betul-betul lemah dan tidak lagi dapat menanggung kehidupan yang berada di dalamnya.
Sekolah angkat SM Teknik Tawau, SK Melati juga turut hadir dalam program ini...
Pelajar berkumpul mengikut Unit Beruniform masing-masing semasa sesi taklimat ini...
Mr David Yip dari Scents Of Borneo
Bahan campuran Mudball iaitu tanah, dedak, EMAS dan air
Guru-guru penasihat Unit Beruniform juga menumpukan sepenuh perhatian kepada taklimat ini...
Campurkan tanah dengan dedak
Timbang dulu ini EMAS... Hanya perlu 10% berat tanah yang digunakan...
Pelajar menuangkan EMAS kepada campuran tanah dan dedak
Uli dia.. Jangan tidak di uli...
Nah macam inilah hasilnya nanti...
Apalah yang difikirkan oleh si Syafariq ni...
Cikgu Lim dan Cikgu Hillary turut membuat mudball semasa sesi demontrasi...
Cikgu Rahman tidak ketinggalan untuk sama-sama mengerjakan Mudball... Hehehehe...
Penyampaian cenderahati kenangan dari SM Teknik Tawau kepada Mr David Yip
http://www.scribd.com/doc/17521409/Membuat-Em-Mud-Ball-Bagi-Pengurangan-Pence-Mar-An-Melalui-Kitar-Semula-Sisa
http://emrojapan.com/about-em/em-products/activated-materials/howtomakeballs.html
Selepas itu, setiap unit beruniform bergerak keluar dari Dewan Tun Ahamad Shah dan berkumpul mengikut tempat yang telah ditetapkan. Para pekerja dari syarikat Scents Of Borneo turut bersama-sama membantu dalam proses menyiapkan bahan campuran bola lumpur tersebut.
Pembahagian kawasan membuat mudball di perkarangan Bengkel Katering dan Dewan TAS
Mudball EM secara ringkasnya ialah bola lumpur yang dicampurkan dengan larutan EM iaitu Effective Microorganism Solution yang mengandungi banyak mikroorganisma termasuk bakteria laktik asid, yis dan bakteria fototrofik. Apabila bola lumpur ini digunakan, ia akan mendorong pembentukan mikroflora dalam air, iaitu asas utama ekosistem dalam sungai dan laut. Air secara tidak langsung akan dibersihkan melalui rantaian makanan dari plankton dan ikan kecil. (http://www.mmail.com.my/content/16761-cleaning-mud-balls)
Teknologi yang berasal dari Jepun ini sebenarnya diimport oleh Kerajaan Malaysia melalui Indonesia yang terlebih dahulu menggunakan teknologi ini malah telah menghasilkan spesis EM mereka sendiri. Dapatkan maklumat lanjut di sini: http://integratedfarm.blogspot.com/2007/12/penggunaan-mudballs-em-pepejal-dan-em.html
Di sini disertakan aksi-aksi guru dan pelajar semasa proses menghasilkan mudball berlangsung di perkarangan kawasan Padang ERT dan Dewan TAS SM Teknik Tawau:
Bila mau mula ni...
Ambil gambar dulu sebelum mula ya... Cikgu Dayang... Hehehe...
Suasana di Padang ERT semasa program berlangsung...
Eh... Eh... Macam cari emas pula diaorang ni...
Ahh... Berapa biji boleh siap ni...
Amboi banyaknya... Buat sendiri kah ni cikgu??
Bukan mau main tu tanah...
Persatuan KAPA mengambil 5 tapak untuk membuat mudball mereka...
Aik... Takkan bergaya saja Cikgu Fadillah... Mudballnya mana??
Kurang produktif pula Persatuan Bomba ni...
Eh.. Eh.. Ini Persatuan Taekwando kan... Napa mudballnya kecil betul??
Okay... pungut semuanya...
Apa juga cerita bagus korang ni... Sampai si Dian siap duduk bersila lagi...
Bertungkus lumus pula Persatuan Pengakap ni...
Aik... Penat sudah ka??
Nahkan... Tumpah pula... Tulah angkat telampau banyak...
Boleh menang hadiah paling banyak kah ni??
Sibuk semuanya membetulkan bentuk mudball...
Suasana dalam Dewan TAS semasa proses pengumpulan mudball...
- Mesyuarat yang dijadualkan pada 21/09/2010 jam 9:00 pagi ditangguhkan ke 22/09/2010.
- Mesyuarat yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Tawau pada 22/09/2010 yang menyaksikan 19 sekolah menengah mengambil bahagian.
- Penyelaras Program Mudball untuk SM Teknik Tawau ialah Cikgu Hillary Lagin.
- Semua unit beruniform SM Teknik Tawau terlibat dalam program ini.
- Mesyuarat peringkat sekolah telah diadakan pada 28/09/2010 di BMG 2 pada jam 10:15 - 11:00 pagi.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Cik Lim Siew Khing
- Tanah yang digunakan untuk program ini dihantar pada petang 28/09/2010.
Tanah lebih kurang 1 tan...
- Pemasangan khemah dibantu oleh pelajar asrama pada jam 6:15 petang, 28/09/2010.
Pelajar asrama yang membantu mendirikan khemah
- Air telah dibekalkan oleh Jabatan Air Cawangan Tawau pada jam 9:30 pagi, 29/09/2010.
Air disambut dengan menggunakan baldi dan besen
- Kehadiran guru-guru penasihat diambil oleh Cik Siti Ain Tahir dari jam 2:00 petang sehingga tamat program...
Mudball di Malaysia:
Pulau Pinang: http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2009/8/21/north/4553758&sec=north
Sabah: http://www.iloveld.com/em_mudball/62.html
Mudball selepas 2 hari dikeringkan (01/10/2010)... Masa 1 minggu diperlukan untuk proses penapaian selesai...
CATATAN: Harap-harap usaha murni ini akan dapat membantu Bumi kita menjadi lebih sihat...
In : Teknik Tawau
Tags: "mudball"
blog comments powered by Disqus