Bendera SM Teknik Tawau dijulang megah oleh para atlit olahraga

Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat MSS Daerah Tawau Kali ke-44 ini bermula dari 22 hingga 25 Mac 2011. Kejohanan ini menampilkan 6 Zon untuk Kategori Sekolah Rendah dan 24 buah Sekolah Menengah untuk Kategori Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun.

Macam biasa, SM Teknik Tawau hanya menghantar kontinjen untuk pertandingan Bawah 18 tahun.

Tahun lepas, SM Teknik Tawau berjaya mendapat tempat ke-16 dan tahun ini berjaya memperbaiki kedudukan ke tangga ke-15 dengan pungutan pingat keseluruhan: 1 emas dan 6 gangsa berbanding 4 gangsa pada tahun lepas.

Johan keseluruhan Kejohanan Balapan & Padang MSSD Tawau dimenangi oleh SMK Kuhara dengan pungutan 24 emas, 10 perak dan 9 gangsa, meninggalkan SMK Balung ditempat ke-2 dengan pungutan 6 emas, 6 perak dan 11 gangsa dan SMK Umas-umas di tempat ke-3 dengan pungutan 6 emas, 4 perak dan 2 gangsa. Tahniah kepada SMK Kuhara dan Cikgu Fitriani Wahid.


Kain banting promosi Kejohanan Balapan dan Padang ke-44

Walau bagaimanapun, SM Teknik Tawau mampu untuk tersenyum bangga apabila dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori Unit Beruniform melalui Unit Kadet Pertahanan Awam yang diterajui oleh Cikgu Nurhayati Amir dan Cikgu Azly Salihin. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam membentuk pasukan kawad ini..


Johan Pertandingan Kawad Kaki Kategori Unit Beruniform


Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Kategori Unit Beruniform


Tempat Ke-3 Pertandingan Kawad Kaki Kategori Unit Beruniform

Tahniah kepada Adik Faziliana yang berjaya merangkul pingat Emas dalam acara Pentathlon. Adik Fazliana meraih tempat pertama dalam 3 daripada 5 acara iaitu lompat jauh, lompat tinggi dan 400 meter. Dalam dua acara lagi, beliau meraih tempat ke-2. Tapi tidak sempat pula ambil gambar dia ni... Apa boleh buat la.. Tapi yang dua ni sempat..


Kedua-dua atlit ini berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara 400 m dan 1500 m

Sokongan SM Teknik Tawau terhadap kejohanan ini bukan setakat menghantar penyertaan tetapi turut memeriahkan majlis penutupan dengan persembahan daripada Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi SM Teknik Tawau. Persembahan yang mantap menggunakan senjata menarik perhatian hampir semua penonton yang hadir.


Pasukan Silat Cekak Ustaz Hanafi SM Teknik Tawau yang terlibat dalam persembahan

Seramai 21 orang pesilat (bertauliah dan belum ditauliahkan) menyertai persembahan yang mengambil masa lebih kurang 15 minit ini. Tahniah diucapkan kepada semua pesilat dan juga guru penasihat persatuan ini iaitu Cikgu Fazillah dan Cikgu Anif. Pasukan ini turut diberi peluang bergambar dengan YBhg. Brig. Jen. Tan Sri Datuk Liew Yun Fah.


Gambar kenangan bersama Tan Sri..



Berikut disertakan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kejohanan ini berlangsung...


Panas ka hujan ni?


Posing dulu la kan..


Semua pun nampak penat... Tak cukup stamina ka?


Sekali dengan cikgu la..


Bersedia untuk acara lompat jauh..


"Dengar dulu... Buat sekali percubaan sebelum lompatan pertama ya.."


Berpayung lagi ... Part 2..


Lompat jangan tak lompat...


Lompatan pemecah rekod kejohanan oleh Olahragawan Lelaki Bawah 18 Tahun



Atlit SM Teknik Tawau masih terduduk kepenatan selepas berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 400 m


Kuartet 4 x 100m perempuan dari SMK Umas-umas


Kuartet 4 x 100m dari SMK Balung


Aikk.. Mohd Aliff dari SMK Kinabutan...


Senarai pemenang bagi Kategori Sekolah Rendah


Kami Juara... Ketua Kontinjen SMK Kuhara menerima piala kejohanan dengan diiringi oleh kibaran bendera sekolah...


Barisan atlit SM Teknik Tawau


Olahragawati Perempuan Bawah 15 Tahun


Olahragawan Lelaki Bawah 15 Tahun


Olahragawati Perempuan Bawah 18 Tahun


Olahragawan Lelak Bawah 18 Tahun


Pasukan Kadet Tentera Laut Malaysia - Pembawa bendera kejohanan


Gambar kenangan untuk semua...


Susah mau ambil gambar ni... Mana dapat masuk semua..


Majlis bersurai dengan YBhg Brig. Jen. Tan Sri Datuk Liew Yun Fah diiringi oleh Encik Darmansah Haji Asakil ke Majlis Jamuan Ringan Tetamu VIP

CATATAN: Ada peningkatan... Tahniah kepada pengurus... Cuba lagi tahun depan...