SM Teknik Tawau Akur Di Tangga Ke-16...
Posted by pahaikan on Thursday, March 11, 2010 Under: Teknik Tawau
YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh yang menjadi tetamu VVIP dalam kejohanan ini...
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Tawau kali ke-43 2010 yang berlangsung selama 4 hari dari 08 hingga 11/03/2010 berakhir kelmarin dengan suasana penutupan yang sungguh meriah. Kejohanan yang disertai oleh lebih 40 buah sekolah dalam Daerah Tawau ini, lebih berseri dengan kehadiran YB Datuk Seri Panglima Haji Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga merupakan Ahli Parlimen P191 Kalabakan.
Lebih kurang 40 pasukan terlibat dalam perbarisan penutupan kejohanan ini...
Kemeriahan kejohanan ini dapat dirasai dengan melihat kibaran bendera perbarisan pasukan yang bertanding dan suasana riuh yang menyelubungi Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau. Memang cantik!!...
Pengetua SM Teknik Tawau, En. Johan Okasa bersama En. Sabir Lansah, Pengurus Pasukan SM Teknik Tawau (Biru sebelah kanan) berkesempatan untuk bersama pasukan perbarisan menerima kunjungan daripada YB Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh...
Pasukan SM Teknik Tawau yang pernah mendapat 5 emas dan menduduki tempat ke-3 sebelum ini terpaksa akur di tangga yang ke-16 daripada 23 buah sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam kejohanan. Pasukan ini hanya berjaya meraih 4 pingat gangsa melalui acara Pentathlon (P), 400 meter berpagar (P), 5000 meter (L) dan Quartet 4 X 400 meter (P). Saya sempat menyaksikan beberapa acara yang mereka sertai tetapi nampaknya pasukan lain lebih handal daripada pasukan SM Teknik Tawau....
Atlit-atlit yang berjaya meraih pingat untuk pasukan SM Teknik Tawau... Tahniah diucapkan!!!
Acara perbarisan juga agak sengit pada tahun ini. Mendapat tempat ke-3 pada tahun lepas, Pasukan Perbarisan SM Teknik Tawau hanya mampu untuk berpuas hati di tempat ke-4 pada tahun ini. Pasukan Kadet Pertahanan Awam yang mewakili sekolah dibawah pimpinan Cikgu Nurhayati Amir ini berjaya meraih RM400, tajaan YB Datuk Seri Panglima Haji Datuk Abdul Ghapur Salleh. Hadiah berupa wang ini diberikan sehingga tempat ke-5 dengan tempat pertama menerima RM1000 diikuti RM800, RM650, RM400 dan RM300. SMK Tawau, iaitu juara tahun lepas mendapat tempat pertama, SMK Abaka di tempat ke-2 dan SM St Patrick di tempat ke-3. Tahniah!!!...
Terima kasih dan tahniah atas usaha yang telah diberikan... Semoga mendapat tempat yang lebih baik di tahun hadapan..
Mungkin ada cerita sini sana yang mengatakan beberapa kesilapan teknikal mengakibatkan SM Teknik Tawau kehilangan peluang untuk meraih pingat emas berdasarkan kepada prestasi pelajar pada kejohanan tahun lepas namun apa yang berlaku sudah berlalu dan biarlah ianya menjadi pengajaran dalam kejohanan yang akan datang...
Barisan guru pengiring yang sentiasa memberikan sokongan dan mengawasi pergerakan pelajar semasa berada di kawasan Kompleks Sukan Tawau...
Secara keseluruhannya, pasukan SM Teknik Tawau telahpun menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kejohanan ini. Kalah menang ialah adat permainan... Yang penting ialah penyertaan dan kesungguhan untuk bersaing dalam mana-mana kejohanan seperti ini. Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dan teruskan bersukan untuk kesihatan diri anda...
Terima kasih juga kepada semua yang tidak segan untuk bergaya di hadapan kamera Pahaikan.com....
Aksi pelajar yang sempat dirakamkan semasa kejohanan berlangsung... Si Risman ni tidak habis-habis bergaya dengan spek hitamnya itu...
CATATAN: Gambar masa MSSDT ni mungkin masuk album lambat sikit.... Masih kecewa lagi ni...
In : Teknik Tawau
Tags: kejohanan padang dan balapan mss daerah tawau kali ke-43 2010
blog comments powered by Disqus