Hari Minggu Katekatikal Peringkat Gereja Holy Trinity Tawau - 18/09/2011
Posted by pahaikan on Monday, September 19, 2011 Under: Holy Trinity
Hari Minggu Katekatikal Peringkat Gereja Holy Trinity Tawau telahpun berlangsung semalam apabila ianya diraikan dalam suasana yang sangat meriah. Majlis sambutan yang bertempat di Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau ini bermula kira-kira jam 11:00 pagi selepas Misa Kudus Bahasa Melayu.
Hari Minggu Katekatikal adalah merupakan hari yang dirayakan untuk menimbulkan kesedaran kepada kita terhadap perkara berkaitan dengan perkongsian iman dengan yang lain. Dalam Misa Kudus, telah pun berlangsung upacara pembaharuan janji para katekis dan fasilitator IKD & IKK. Walau bagaimanapun, perayaan ini tidak terhad kepada para katekis dan fasilitator sahaja, ianya perayaan untuk semua.
Sambutan Minggu Katekatikal 2011 yang membawa tema "“Berakar dan dibangun di atas Yesus Kristus dan teguh dalam iman” (ruj. Kol 2:7). Dalam Misa Kudus sebelumnya, Fr Nick telahpun menyebutkan tentang kata-kata Bapa Suci Benediktus XVI yang menegaskan kepentingan iman dalam kehidupan. Ini bermakna bahawa iman kita haruslah berakar dalam Kristus kerana dia adalah sumber pengharapan, kehidupan dan cintakasih.
Persembahan daripada para fasilitator
Apa yang sedang dibincang tu Fr Nick?
Korang kenal ka yang baju purple tu?
Yang ini pula?
Perayaan Minggu Katekatikal di Dewan Paroki Holy Trinity Tawau bermula dengan persembahan daripada para Belia dan fasilitator IKK yang turut membawa para hadirin untuk menyanyi dan menari bersama-sama. Selepas itu, majlis diteruskan dengan persembahan pelajar sekolah minggu dikalangan tahun 1 dan tahun 2. Persembahan yang penuh bersemangat ini sememangnya nampak menarik dan kadang-kadang rasa lucu terasa kerana apabila ada antara peserta persembahan yang terlepas aksi persembahan, mereka membuat aksi tersendiri...
Persembahan daripada para pelajar dari tahun 1 dan 2
Memang banyak gaya diaorang ni...
Gambar-gambar aktiviti sepanjang tahun...
Antara hadirin yang hadir dalam majlis ini...
Si Auntie pun datang juga... Mana anak-anak?
Wah... Belum persembahan pun menguap sudah ka?
Pasal makan pula, macam biasa acara makan adalah secara pot luck. Memang banyak juga makanan yang disediakan... Apa pun, tidaklah dapat makan banyak sebab saya datang khas untuk mengambil gambar... Terima kasih kepada semua yang telah membawa makanan ke majlis sambutan ini...
Ambil lauk kari saja ka Father?
Belum cukup ka Fr Nick? Hehehe...
Macam diet pula Encik Mario kita ni...
Rasanya untuk menjelaskan setiap persembahan, memang saya tidak dapat... Cukuplah dengan gambar... Tapi memang best...
Persembahan dari para pelajar tahun 3 dan 4...
Persembahan dari para pelajar Tingkatan 1 dan 2
Persembahan tarian moden dari pelajar Tingkatan 3
Persembahan dari pelajar lingkungan umur 5 hingga 8 tahun
Ada bakat budak ni menyanyi...
Budak yang pakai baju serba hitam (plastik) ni melambangkan setan... HAHAHA... Bunyi dia ketawa..
Budak pakai baju putih ni melambangkan cintakasih, pengampunan dan penyembuhan dari Yesus Kristus...
Hadiah penghargaan buat mereka yang telah berbakti menjadi fasilitator dan katekis sejak 1980-an...
Salah seorang daripada fasilitator saya dahulu (lupa pula nama dia ni) turut menerima hadiah daripada Fr Nick...
Persembahan daripada IKD Bahasa Malaysia
Ada gaya juga la..
Ada juga si Rachel di sini. Hehehe...
Lagu Bahasa Inggeris, persembahan Kumpulan Komuni...
Steady pula yang lelaki...
Tidak ingat pula kumpulan ni dari kumpulan yang mana satu... Apa pun, zubeshhh... zubeshh... diaorang memang best...
Persembahan Sketsa Raja Salomon...
Bishop pula ni...
Raja yang bijak, adil dan saksama...
Persembahan mantap tetapi masih ada ruang untuk peningkatan... Hehehe...
Lagu koir terakhir dalam majlis ini...
Semua pun menyanyi dengan bersemangat...
Ada juga yang pakai macam sari tapi bukan juga... Baju dari suku apa ni? Gelang pun besar-besar...
Yang ni pun sama juga... Baju dari suku apa ni?
Sister Maria membawa seluruh isi dewan untuk berdoa sebagai penutup untuk majlis ini...
Walaupun saya ni bukan katekis atau sesiapa dalam gereja, cuma penganut biasa, saya amat berharap dan menyeru agar para ibubapa, katekis, fasilitator Inisiasi Kristian Dewasa (IKD) dan semua umat Kristian supaya sama-sama terlibat di dalam formasi orang-orang Kristian. Kepada yang berminat untuk menjadi katekis, Katekesis juga adalah satu bentuk pengajaran dan pewartaan iman. Ianya adalah antara cara untuk membina Kerajaan Allah dikalangan kanak-kanak dan orang dewasa....
Baca juga: Minggu Katekatikal 2011
CATATAN: "Berakar dan dibangun di atas Yesus Kristus dan teguh dalam iman”....
In : Holy Trinity
Tags: "kristian" "katolik" "rc" "katekatikal"
blog comments powered by Disqus