Cikgu Ali selaku Ketua Jawatankuasa Promosi memberikan taklimat ringkas sebelum Program Gotong Royong bermula...
Gotong Royong 5S diadakan buat kali ke-2 semalam, setelah dapatan pihak BPA menunjukkan bahawa SM Vokasional Tawau belum berada pada tahap terbaik untuk menghadapi penilaian bagi pensijilan 5S. Semua zon yang terlibat digerakkan dengan bantuan tenaga pelajar dan harapan pada kali ini ialah sekurang-kurangnya 70%. Oleh kerana, cuti 1 minggu akan menjelang tiba, tidak banyak waktu yang boleh dibazirkan dan ini mungkin antara gotong royong terakhir sebelum penilaian itu nanti.
Cat kuning sebagai peringatan untuk kawasan yang berpotensi menyebabkan kecederaan...
Proses mengecat di kawasan kelas Blok Vokasional...
Proses mengecat di kawasan ASPURI...
Mungkin dari beberapa sudut, ada PIC yang belum jelas dengan format 5S yang cuba diimplementasikan oleh sekolah. Di harap agar pihak sekolah mengambil berat tentang perkara ini dan penjelasan ringkas yang jelas pastinya akan dapat melicinkan semua proses yang terlibat.
Pelajar SKM ABM membantu menyusun semula barangan dalam stor Bengkel ABM
Pelajar SKM AUTO membersihkan salah satu stor Bengkel Automotif di Blok Vokasional...
Cikgu Hashim mengasingkan barangan besi dan aluminium sambil dibantu oleh pelajar...