Jambore Cabang (JamCab) 2010 Nunukan, Indonesia... 25/06 - 02/07/2010
Posted by pahaikan on Saturday, July 3, 2010 Under: Unit Beruniform

Gambar kenangan pengakap Malaysia bersama Pramuka Indonesia
Pada 25 Jun hingga 2 Julai 2010 yang lepas, Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Tawau) telah menghantar rombongan seramai 124 orang peserta untuk menyertai Jambore Cabang 2010 yang telah berlangsung di Nunukan, Indonesia. SM Teknik Tawau turut menghantar pelajar dan guru untuk jamboree ini.

Para peserta dari SM Teknik Tawau...

Hati-hati... Nanti terjatuh pula...

Labuan Express Lima... Dari Labuan kah ni??

Skip Abdul Kahar memastikan semua barang-barang dimasukkan ke dalam feri dan disimpan dengan baik..

Semua peserta kelihatan seronok dalam perjalanan...

Tidur kah... atau???...

Pulau Nunukan mula kelihatan selepas 40 minit meredah laut....

Bendera Malaysia digantikan dengan Bendera Indonesia setelah melepasi sempadan antarabangsa...

Tiba di pelabuhan Pulau Nunukan...

Jambatan kayu yang menghubungkan jeti dengan feri ini kiranya amat bergoyang ya pak..

Fuh... Selamat juga akhirnya menjejakkan kaki ke Bumi Nunukan...

Alat mengangkat barang yang banyak terdapat di pelabuhan Nunukan... Apa nama benda ni ya??

Memang banyak kereta sorong ni...

Balai penerimaan pelawat/pelancong...

Inilah Terminal Penumpang Nunukan "TUNON TAKA"

Rombongan dijemput menggunakan Bas Pemerintah Daerah Kabupaten Nunukan Kalimantan Timur

Ada juga yang menaiki bas sekolah...

Inilah antara pemandangan yang boleh dilihat sepanjang perjalanan....
Setibanya dikawasan perkhemahan, pasukan Pengakap berkumpul dan tugas-tugas mendirikan khemah dimulakan.

Baru sampai ni... Kemaskan barang dulu...

Junaidi membahagi-bahagikan kawasan khemah....

Para pengakap perempuan mula meleraikan tali untuk mendirikan menara...

Inilah barisan khemah Kontinjen Malaysia...

1... 2... 3... Asas menara mula berdiri lebih kurang jam 4:30 petang...

Lepas ni... bolehlah rehat sekejap...

Menara yang telah siap... 2 hari kemudian..
Antara aktiviti menarik dan boleh dikongsikan dalam JamCab 2010 Nunukan ialah...
Hari Perasmian JamCab 2010

Perasmian disempurnakan oleh Bupati Nunukan, Abdul Hafid Achmad

Upacara menaikkan Bendera Pramuka

Acara Pembacaan Ikrar Pramuka

Acara Penyampaian Cenderamata dari Setiap Kontinjen Kepada Tuan Rumah

Pertujukan Pancaragam SMA Negeri Nunukan 1 - Sila klik vdeo di bawah..

Persembahan pancaragam dari sekolah rendah... Lupa pula nama sekolah ni...

Persembahan Kawad Formasi dari Pengakap Malaysia (SMK Holy Trinity, Tawau)

Menikmati persembahan yang disajikan sepanjang Majlis Pembukaan JamCab 2010

Salah seorang peserta dari Malaysia diangkat oleh pemakai Topeng Harimau..

Macam takut pun ada... Macam menangis pun ada.... Relaks la...

Upacara Memuja Kuda Kepang dimulakan...

Tarian Kuda Kepang

Salah seorang pemain kuda kepang dirasuk roh yang dipuja...
Makan Bebek selepas pertunjukan Kuda Kepang

Sempat juga bergambar dengan para penari kuda kepang yang tidak dirasuk...
Aktiviti Lasak

Melalui jalan kecil untuk ke stesen jungle trekking yang disediakan oleh askar KODIM 0911/NNK

Stesen 1: Jambatan Bergoyang

Stesen 2: Panjat Tangga Tali??

Stesen 3: Tiger Crawl

Bergerak dari stesen 3 ke stesen 4....

Stesen 4: Panjat Bukit Menggunakan Tali

Stesen 5: Monkey Bridge (3 tali)

Stesen 6: Monkey Bridge (2 tali)

Stesen 7: Flying Fox

Cikgu Zahrina turut melakukan aktiviti ini...

Zuss.... Cikgu Zahrina meluncur tanpa sebarang gangguan...

Stesen 8: Monkey Bridge (1 tali)

Macam panjang betul tali ni... Memang sempat jatuh masa ditengah ni...
WORLD CUP South Africa 2010
Hampir semua perlawanan penting dapat disaksikan semasa dalam perkhemahan ini... Sebab siaran langsung ini dipancarkan menggunakan LCD projector di skrin besar 12 kaki x 10 kaki diperkarangan pejabat KODIM 0911/NNK. Terima kasih kepada mereka...

Cuaca memang sentiasa baik setiap malam... Selalu nampak bulan...

Siaran langsung di Channel Intersport SOKKERLAND...

Inilah pengacara utama Siaran Langsung Piala Dunia 2010 di dalam InterSport Channel RCTI21
Antara Kontinjen Yang Menyertai JamCab 2010

Kontinjen Gudep Diponegoro

Kontinjen Sembakung

Kontinjen Sebatik

Kontinjen Bulungan

Kecamatan Sungai Fatimah

Kontinjen-kontinjen dari Sungai Banjar
Cerita Makan

Order apa tadi ya...??

Makan maggi atau mi sedap? Hehehheee..

Uii... Makan pelan-pelan bah gaman...

Singgah makan dulu di Warung Soto Pak Tarmi... Lagipun hari mau hujan..

Soto Pontolan... Memang umphh.. Soto dia ni...

Sup Daging memang nyaman kalau lepas hujan...

Ikan Bahulu sebelum dibakar....

Dari mana dapat kayu-kayu ni??...
Malam Kebudayaan
Ini adalah diantara persembahan malam kebudayaan yang sempat diambil semasa malam kebudayaan. Sepanjang JamCab 2010 ini... Setiap malam adalah malam kebudayaan...

Pengacara tetap sepanjang Acara Malam Kebudayaan, Kak Haslinda dan Pak Sato...

Persembahan solo dari salah seorang petugas JamCab 2010

Persembahan dari Kontinjen Tarakan

Persembahan tarian dari Kontinjen Bulungan...

Persembahan dari Kontinjen Sabah-Malaysia (SM Teknik Tawau)
Gambar-gambar kenangan yang pastinya penuh dengan cerita suka duka sepanjang di JamCab 2010...

Gambar kenangan para pelajar SM Teknik Tawau dihadapan Menara Kontinjen Malaysia

Siapa yang tidak ingat dengan pengetua... Emil Salim.. Hehehe..

Menaiki trak Toyota HiLux yang dipandu pengetua...

Kontinjen Sebatik yang selalu berjogging dengan tongkat dan menyanyikan lagu.. Lagu apa tu ya...

Barisan helmet (hel'm) yang cantik dan menarik... Ingat Kastam tahan di pelabuhan... Hahahaha!!!...

Dan akhirnya... sepuluh orang budak yang ponteng perjumpaan sebab tertidur di surau...
Sememangnya layanan Kabupaten Nunukan sangat baik sepanjang pasukan Pengakap Malaysia berada di sana... Terima kasih diucapkan kepada pihak Kabupaten Nunukan yang telah memberikan kerjasama...
Aktiviti lain dan gambar kenangan sepanjang JamCab 2010 kiranya terlalu banyak untuk diupload... Gambar berserta video kira-kira dalam 6 GB. Kalau mau bolehlah hubungi saya di pahaikan@gmail.com ... Macam malas pula mau kasi upload...

Bergambar dihadapan Kem Tentera KODIM 0911/NNK
Makan Malam bersama Pesuruhjaya Negeri Sabah di Restoran Steamboat Daily Q

Pesuruhjaya Negeri Sabah, Datuk Awang Zaini bersama isteri dan para pemimpin pengakap Daerah Tawau

Antara para pemimpin pengakap yang hadir dalam majlis makan malam ini...

Skip Abdul Kahar kelihatan lesu selepas balik dari Nunukan....

Gambar kenangan bersama Pesuruhjaya Negeri Sabah dan isteri...
CATATAN: Jumpa lagi...
In : Unit Beruniform
Tags: jambore cabang 2010 nunukan indonesia tunon taka
blog comments powered by Disqus