Kain banting Karnival Hari Paroki Gereja Holy Trinity Tawau

Karnival Hari Paroki Gereja Holy Trinity Tawau berlangsung dengan meriah pada hari ini di perkarangan Dewan Paroki Gereja Holy Trinity Tawau. Keadaan agak sesak kerana orang ramai berebut-rebut untuk memilih makanan atau barangan yang ditawarkan. Seperti biasa, pembelian adalah melalui penggunaan KUPON yang dijual pada harga RM10 dan RM20.

Menurut maklumat yang saya terima, karnival ini diadakan untuk mengumpul dana yang kemudiannya akan disalurkan kepada projek pembinaan Bangunan Komuniti Belia (kalau tidak silap) yang dianggarkan menelan belanja RM 3 juta.


Orang ramai memenuhi hampir semua kawasan di perkarangan dewan


Warna-warni lagi ni...


Ada juga yang bersembang di luar tapak jualan untuk mengelakkan kesesakan..

Apa yang ada dalam Karnival Hari Paroki ini? Antaranya ialah jualan makanan & minuman, jualan t-shirt, key-chain dan juga permainan.


Belon untuk kanak-kanak dijual pada harga RM2.00 sebiji..


Yang dalam botol ni ialah BAHAR.. Uiss... Bagagar juga nampak ni... Hehehehe..


Tidak ketinggalan, daging rusuk kambing panggang... Sedap ni.. saya sempat ambil 100 g (RM10)...


Satay ayam pun ada... Besar pula satay dia ni... Apa tidak RM2.00 satu cucuk...


Permainan memanah pun ada... Siap ada piala lagi ni...


Paintball pun ada juga... Tapi...


Sasarannya ialah botol-botol yang tergantung ni...

Dan, antara banyak-banyak permainan yang ditawarkan, yang ini paling best untuk ditengok.. Namanya WATER SPLASH..


RM 5.00 untuk tiga bola.. Lontar pada sasaran dan lihat orang basah..


Air tengah diisikan kedalam baldi...


Game ni memang menarik perhatian orang ramai...

Dan, ada lagi satu permainan yang susah... MENEKA BERAT KAMBING.. Kenapa susah benda ni ialah sebab berat kambing mungkin berubah selepas dia berak atau lepas makan.. Kan kambing tu diletak dikawasan berumput...


Inilah kambing yang dimaksudkan..

Tapi dalam pada itu, ada juga gerai yang agak mengecewakan. Gerai yang dimaksudkan ialah gerai ini... Gerai jual Ais Krim.. Kenapa mengecewakan?.. Sebab lambat tunggu baru boleh dapat ais krim. Itu pun banyak orang memotong di depan... Nasib la..


Confirm banyak untung gerai ni sebab pelanggannya tidak putus-putus.... Kon pun habis 3 paket sudah..

Apa pun ceritanya, secara peribadi saya amat berharap agar karnival ini berjaya mencapai objektifnya....

CATATAN: Tahun depan ada lagi ka ni...??