Cikgu Herman bersama pelajar asrama didalam Dewan TAS semasa Majlis Perpisahan Anjuran Warden Asrama...

Biasanya kita akan terpaksa memilih... Dan biasanya ia akan bergantung kepada beberapa faktor, sebab dan musabab ... Tetapi demi untuk masa depan yang lebih pasti, Cikgu Herman Jamil iaitu salah seorang guru sandaran di SM Teknik Tawau telah membuat keputusan untuk menerima tawaran sebagai pensyarah di Kolej Politek MARA Cawangan Semporna.


Pelajar mengambil peluang untuk berjabat tangan dengan Cikgu Herman...

Menurut maklumat yang saya terima dari rakan-rakan, Cikgu Herman mengambil masa seminggu untuk membuat keputusan kerana sebelum ini dia masih mengharap untuk diserapkan masuk untuk menjadi guru terlatih di SM Teknik Tawau. Walau bagaimanapun, setelah mendapat pandangan rakan-rakan, dia telah pun membuat keputusan.


Dan... Ada juga yang sampai berpeluk... Isk... isk..

Bagi saya, keputusan Cikgu Herman ini adalah keputusan yang baik kerana Kolej Politek MARA adalah sebuah kolej IPTA dan tugas pensyarah lebih kurang saja dengan guru sekolah. Lagi pun, apabila kerajaan mengumumkan pengurangan perbelanjaan - penyerapan guru sandaran ke guru terlatih pastinya akan tertangguh.. Kalau ada pun mungkin bilangannya sedikit.

Kepada Cikgu Herman... Semoga tugas yang baru akan lebih baik dan lebih menarik dari apa yang pernah dilakukan sebelum ini... Selamat maju jaya...

Gambar adalah hasil tangan Cikgu McManus Sing.

CATATAN: Semporna tidaklah jauh dari Tawau... Masih boleh ulang alik... Hehehe...