Sambutan dimulakan dengan Misa Kudus yang dikendalikan oleh Bishop Julius Gitom bermula jam 9.00 pagi. Yang istimewanya, Misa Kudus kali ini disertai oleh Bishop John Lee dari Diosis Kota Kinabalu dan Bishop Cornelius Piong dari Diosis Keningau. Selain itu, rombongan dari Sandakan, Lahad Datu dan Telupid turut sama meraikan Hari Ulang Tahun Diosis Sandakan di Gereja Holy Trinity Tawau (Tuan Rumah).


Selepas upacara Misa Kudus, semua umat dijemput untuk merayakan sambutan Hari Ulang Tahun Diosis Sandakan di Dewan Paroki Holy Trinity Tawau yang disulami dengan beberapa persembahan dari beberapa BEC yang terlibat.


Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Komuniti Holy Trinity, En. Mario, diikuti oleh ucapan bersemangat dari Fr. Nicholas Ong dan ucapan perasmian oleh Bishop Julius Gitom.


Semasa jamuan makan, persembahan dari BEC dimulakan. Terdapat 7 persembahan semuanya dan antara persembahan yang menarik dan pastinya akan diingati ialah persembahan tarian kanak-kanak dari BEC Kampung Pisang dan BEC Tampa Bay (mungkin la... saya macam salah dengar bah ni..), persembahan drama dari TBP Holy Trinity dan nyanyian koir dari kumpulan yang memakai baju merah (yang ni saya betul2 tidak dengar dari mana..).


Setelah habis persembahan dari BEC, acara penutupan iaitu penyerahan emblem kepada tuan rumah Hari Ulang Tahun 2010 Diosis Sandakan diiringi oleh Kumpulan Musik TUTUNIONS'. Tuan rumah untuk tahun 2010 ialah Lahad Datu.


Penyerahan emblem untuk tuan rumah pada tahun depan!!

Sambutan Hari Ulang Tahun ini berakhir kira-kira jam 1.00 petang.

Gambar-gambar yang diambil dalam majlis ini boleh diakses disini: Pahaikan's Album.


CATATAN: Tahniah dan terima kasih kepada semua umat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan majlis ini.