Banner "To Earth With Love"

Kempen Mudball ini disertai oleh lebih kurang 40 organisasi termasuk GO dan NGO. Mudball yang telah dibuat sebelum ini akan dibuang ke dalam laut di kawasan perairan di sekitar Ba Zhong dan Highway Sabindo.

Mudball yang dibuat bersama-sama dengan Effective Mcroogranisma ini dikatakan akan membersihkan kawasan perairan tersebut. Kita akan tunggu dan lihat hasilnya selepas 2 bulan kemudian...


Kawasan pembuangan Mudball - Berdekatan kawasan Ba Zhong menyusuri Highway Sabindo

Majlis ini dijadualkan untuk dirasmikan olehYB Datuk Haji Tawfiq DSP Haji Abu Bakar Titingan lebih kurang jam 8:00 pagi.


Khemah VIP untuk majlis ini...

Semua peserta disusun mengikut lot masing-masing dimana SJK(C) Yuk Chin mendahului semua peserta pada lo nombor 1. Mungkin juga kedudukan ini diundi... Entah lah...


SJK(C) Yuk Chin pada Lot Nombor 1


Gereja Holy Trinity pada Lot Nombor 6


SM Teknik Tawau pada Lot Nombor 33 bersebelahan dengan SM Holy Trinity di Lot Nombor 32

Saya sempat berada di tempat pembuangan lebih kurang jam 7:15 pagi tetapi terpaksa pulang 15 minit kemudian kerana tugasan yang lebih penting menanti... Lebih kurang pada masa yang sama, rombongan dari SM Teknik Tawau tiba yang membariskan seramai 100 orang pelajar untuk menjalankan tugas membuang mudball.


Dari SMK Kuhara ka ni...?


Highway Sabindo di tutup untuk kenderaan sehingga jam 12:00 tengahari...

Cerita lanjut mengenai kempen ini boleh didapati dari laman web Borneo Post dan Sabah Times...

CATATAN: Kempen seperti ini harus diteruskan sehingga semua kawasan perairan yang kotor dibersihkan...