Kek Fathers' Day... Siap lilin nombor 8 lagi... Hehehehe...

Happy Fathers' Day kepada semua yang menyambutnya.....

Sememangnya kegembiraan kita adalah apabila melihat anak-anak gembira.... Jika diimbas kisah lama iaitu semasa kita masih lagi kecil dan belum pandai berdikari... Bapa sememangnya memainkan peranan besar dan banyak mempengaruhi keperibadian dan masa depan anak-anak... Kerja... dan berusaha... Sedar tak sedar..., segala usaha yang dicurahkan sebenarnya adalah untuk anak-anak....


Hari tu Mothers' Day pun ada juga macam ni..... Hasil kerja tangan Bradley Ashton...



Ada yang mungkin bersedih semasa Hari Bapa... Lebih-lebih lagi mereka yang tidak dikurniakan anak... Walau bagaimanapun, ucapan Hari Bapa juga perlu ditujukan kepada mereka ini kerana disebalik wajah ceria pastinya keinginan unuk mendapatan anak sangat kuat... Kepada golongan ini... Teruskan berusaha...!!!


Lagu Father oleh MANOWAR

CATATAN: Selamat menyambut Hari Bapa kepada semua bapa dan bakal bapa di seluruh dunia dan tidak lupa memperingati mereka yang telah pergi.....