Ambil Gambar Gerhana Bulan 10/12/11
Posted by pahaikan on Monday, December 12, 2011 Under: Photography
Ada reflection... Apa pun, asal nampak la...
Jadi lebih kurang 8:50 malam, bergeraklah saya ke bumbung flat Rindu 1 dengan membawa Panasonic Lumix DMC FZ35 + Raynox DCR 2025 PRO + Tripod DIGIeye (Ayam tripod ni... Bulan bergerak, dia pun bergerak...). Sampai saja di bumbung, buka UV filter, adjust kamera di tripod dan mulalah mengambil gambar dengan setting AWB, ISO 100, f4.4 - 8.0, metering mode: evaluative etc... Dan, walla... Dapatlah beberapa keping gambar digital yang tidak seberapa tapi cukup untuk disimpan dalam harddisk sebagai kenangan...
Panasonic LUMIX DMC FZ35 + Raynox DCR 2025PRO atas Tripod DIGIeye
Terpaksa adjust banyak kali untuk dapat gambar yang jelas...
Ada juga try guna CANON EOS 60D, tapi saya mana ada CANON EF 70-200mm f2.8L IS II. Tamron 70-300mm f/4-5.6 Di LD Macro adalah... Kureng sikit lens ni... Bulan nampak macam hujung puntung rokok jak... Kesian... Mungkin kalau ada lens CANON EF 800mm f5.6L IS USM AF, bolehlah dapat gambar macam di sini: http://photography-on-the.net/forum/showthread.php?t=636526 .. Masalahnya, harga lens ni cuma RM46,995.00 (Shashinki.com).. Fuh.. Habis gaji satu tahun...
Lens idaman: CANON EF 70-200mm f2.8L IS II
Lens CANON EF 800mm f5.6 IS USM AF
Apa sekalipun, syukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang kepada kita untuk menikmati kejadian alam seperti ini. Dulu masa kecil di kampung, memang riuh kalau ada gerhana bulan. Ada yang main gong, ada yang pukul tin biskut, ada yang pukul dram, macam-macam... Orang Kadazan Dusun memang ada satu cerita dongeng pasal si Barob. Si Barob ni (yang dipercayai Naga @ Gergasi) menelan bulan semasa gerhana berlaku. Jadi, tujuan memukul gong dan benda lain adalah untuk menakutkan si Barob supaya memuntahkan semula bulan. Hm... sekarang, tidak taulah pula... Masih adakah yang buat macam ni..?? Kalau di ingat, rasanya bagus juga bah ni... Rasa best pula menyelamatkan bulan... Hehehe...
Saya tidak faham pula pasal fasa-fasa gerhana ni.. Yang pasal Umbra dan Penumbra tu... Apa pun, ini adalah antara gambar yang dapat dirakamkan pada malam tersebut... Banyak lagi ni tapi... Malas pula mau upload semua...
Antara gambar awal yang diambil, kira-kira jam 9:05 malam...
Keadaan bulan pada jam 11:08 malam...
Keadaan bulan pada jam 12:06 tengah malam...
CATATAN: Gerhana bulan seterusnya pada 2014...
In : Photography
Tags: "gerhana bulan" gerhana bulan "barob" barob
blog comments powered by Disqus