Cikgu Khairul menjaringkan gol tercantik dalam perlawanan ini...

Lama pula tidak pi tengok Teknik FC main... Ini baru perlawanan persahabatan ke-2 untuk tahun ini. Musim barulah katakan... Dan yang penting, dua kemenangan berturut-turut dicipta walaupun kebanyak pemain belum mencapai tahap kecergasan terbaik.

Perlawanan persahabatan dengan Kesihatan Tawau FC (KTFC) kali ini menampilkan beberapa pemain import Teknik FC. Ada dari PGA dan ada juga dari sekolah lain. Apa pun, peluang untuk bermain dalam perlawanan seperti ini lebih diutamakan supaya lebih membiasakan diri dengan perlawanan pertandingan sebenar.

Kesihatan Tawau FC menurunkan kesebelasan utama yang agak "kuat" pada kali ini dengan barisan serangan diketuai oleh Fandi. Corak serangan laju dari pasukan KTFC membuatkan Teknik FC seakan kehilangan rentak permainan dalam 10 minit pertama. Dan yang lebih teruk, kealpaan barisan pertahanan dihukum dengan 2 gol dalam masa 6 minit. Di kala KTFC kelihatan cuba merobek semangat pasukan Teknik FC untuk mencari gol ke-3, Rozaini Risham mengejutkan pasukan lawan apabila melakukan larian solo melepasi perangkap offside dan terus menjaringkan gol semangat pasukan. Gol penyamaan hadir lebih kurang 5 minit kemudian melalui gerakan yang sama hasil hantaran Khairul Nuzaiham.


Fandi Jasni mengetuai bahagian serangan KTFC..


Rozaini Risham berjaya meledakkan 2 gol dalam perlawanan ini...

Belum pun habis penonton bercerita tentang 2 gol yang dijaringkan oleh Rozaini Risham, gol ke-3 yang rasanya akan dianggap sebagai gol tercantik untuk tahun ini hadir melalui rembatan kencang Khairul Nuzaiham. Separuh masa pertama tamat dengan jaringan 3-2.

Separuh masa ke-2 menyaksikan penguasaan KTFC yang terus menyerang dan cuba menghukum barisan pertahanan Teknik FC yang kelihatan longlai. Mereka berjaya mendapatkan 1 gol cantik melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti.


Bertungkus lumus mengeluarkan bola dari memasuki kawasan kotak penalti...


Jaringan tidak dikira kerana offside...

Barisan serangan Teknik FC yang didibarisi oleh Zabidi, Nizam dan Hairuddin tidak berjaya melepasi barisan pertahanan KTFC dan serangan Teknik FC hanya tertumpu kepada "set piece". Kemasukan Awang Wahid dalam separuh masa ke-2 ini ternyata kurang memberikan sengatan kepada pertahanan pasukan lawan. Walau bagaimanapun, keazaman yang tinggi dari Asmin dan Nizam akhirnya membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain ini menambah koleksi gol peribadi. Yang rasa best masa separuh masa ke-2 ini ialah gerakan untuk gol terakhir (ke-4) apabila centerback, Syed Abdul Rahman membuat overlapping disebelah kanan hasil hantaran Awang Wahid membuat hantaran lintang yang tepat ke kepala Nizam yang membuat tandukan untuk menewaskan penjaga gol lawan. Memang lawa gerakan ni...


Nizam menambah jumlah jaringan peribadi musim ini kepada 2 gol..


Asmin turut mengikut langkah Nizam dengan jaringan ke-2 musim ini...

Kedudukan 5-3 kekal sehingga tamat permainan.

Walaupun menang dalam perlawanan ini, pasukan Teknik FC terpaksa akur untuk kehilangan khidmat pemain sayap kanan, Rozaini Risham untuk suatu tempoh yang tidak dapat dipastikan apabila beliau mengalami kecederaan di kaki kanan. Harap-harap tidak terlalu teruk...


Mula-mula lari laju... Lepas tu, tiba-tiba berhenti...


Dan, terpaksa diangkat keluar... Fuhh...


Nasib baik ada pyshio....

Teknik FC buat masa ini hanya beraksi seminggu sekali memandangkan sekolah tengah sibuk melayan 5S. Apa pun, sebarang pertanyaan tentang perlawanan persahabatan bolehlah di ajukan kepada pengurus pasukan, Khairul Nuzaiham.


Lawrensa Allvianus membuat kemunculan sulung dalam perlawanan ini...

CATATAN: Hari Ahad (12/02/2012) ada game lagii...