Latihan Kebakaran (Fire Drill) SM Teknik Tawau - 24/06/2010
Posted by pahaikan on Saturday, July 3, 2010 Under: Teknik Tawau
Fire Drill atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) SM Teknik Tawau yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 24/06/2010 yang lalu.
Encik Abdul Malik Bin Yusuf bersama Cikgu Adzlina dan Cikgu Heatinorayu...
JKKP SM Teknik Tawau dibawah penyelarasnya, Encik Abdul Malik Yusuf telah menggariskan beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:
1. Pelajar/Guru/Kakitangan dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran
2. Pelajar/Guru/Kakitangan dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Pelajar/Guru/Kakitangan dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran
Encik Hambran menunjukkan bahagian yang mengalami kemalangan..
Inilah bahagian yang berlanggar dengan teksi...
Latihan Kebakaran yang dirancang pada jam 9.00 pagi terpaksa dianjakkan ke jam 9.30 pagi akibat kelewatan pihak Bomba yang mengalami kemalangan kecil semasa memasuki simpang SM Teknik Tawau. Walau bagaimanapun, kemalangan yang melibatkan sebuah teksi dengan trak Bomba tersebut telah dilanjutkan ke pengetahuan pihak atasan Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut. Menurut maklumat yang saya terima daripada Penguasa Zon, kos kemalangan ditanggung oleh kedua-dua pihak kerana pada masa tersebut, trak Bomba sudah pun membunyikan siren kecemasan dan sepatutnya teksi tersebut memberikan laluan supaya trak dapat menuju ke tempat kecemasan cepat.
Pasukan Bomba yang tiba dianggotai oleh 6 orang termasuk pemandu. Sejurus tiba, pasukan yang lengkap berpakaian operasi iaitu pakaian No. 5 terus melarikan dua hos dan memadam api yang telah dipasang khas untuk latihan kebakaran ini. Memang cekap dan pantas... Tahniah kepada pasukan Bomba!!!
Selepas itu, pihak Bomba turut mengadakan demontrasi memadam api diatas air. Ya.. Sememangnya bahan api yang terapung diatas air akan terus terbakar sehingga habis sekiranya bahan untuk memadam api tersebut tidak sesuai. Di sini, bahan yang sesuai ialah bahan jenis serbuk atau buih yang pastinya dapat memisahkan api dengan udara (oksigen) dan seterusnya memadamkan api tersebut. Sekiranya air digunakan, api hanya akan bertambah besar.
Cikgu Rosdiana Rasit, pelajar dan pekerja pembersihan berjaya memadam api dengan sekali percubaan sahaja...
Cikgu Razi turut beraksi memadamkan api dalam program ini...
Beberapa orang termasuk guru, pelajar dan kakitangan turut beraksi memadamkan api menggunkan alat fire extinguisher ini. Semoga apa yang dibuat semasa latihan ini akan dapat diaplikasikan sekiranya berada keadaan sebenar...
Cikgu Azman menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Tawau
Sekali lagi... Tahniah dan terima kasih kepada JKKP SM Teknik Tawau dan Pasukan Bomba yang telah menjalankan tugas yang cemerlang demi untuk persediaan dan keselamatan warga SM Teknik Tawau... Caiooo...
Para pelajar kelihatan gembira dalam Latihan Kebakaran ini... Yulius... Ko punya gaya... Uiss..
Guru-guru yang sempat berposing untuk Pahaikan.com
Sama seperti tahun lepas... Para Pekerja Pembersihan juga tidak melepaskan peluang untuk melihat Demontrasi Memadam Api...
Lihat entry tahun lepas: http://www.pahaikan.com/blog/fire-drill-organised-by-jkkp-sm-teknik-tawau-17-jun-2009
CATATAN: Mungkin penglibatan pasukan unit beruniform perlu dalam latihan seperti ini...
In : Teknik Tawau
Tags: bomba dan penyelamat malaysia cawangan tawau jkkp teknik tawau
blog comments powered by Disqus