Sah!!!... Memang orang di Tawau demam... DEMAM BIG APPLE... Apa tidaknya, barisan menunggu ke Kedai BIG APPLE (franchise Tawau) lebih panjang dari barisan di Pejabat POS atau di bank....Kedai yang baru dibuka ini telah dipenuhi pelanggan sejak mula beroperasi pada 29 Julai 2011. "Pelanggan memang tidak putus-putus datang ke sini" jelas salah seorang pekerja di kedai tersebut. Kebanyakkan pekerja dalam kedai ini mungkin berbangsa Indonesia, mengikut loghat bahasa yang digunakan. Pekerja turut mengeluh kepenatan sebab untuk hari ini sahaja kedai terus dipenuhi dari jam 10:00 pagi hingga jam 9:15 malam (Diaorang tutup jam berapa? Lupa pula tanya..).
Nampak orang berbaris ka?Tu... Panjangnya barisann... Sampai dekat kedai barang kemas di hujung bangunan...Semuanya menuju ke kedai BIG APPLE ni... Entah berapa puluh ribu biji donut yang terjual sepanjang 3 hari beroperasi... Walau bagaimanapun, kebanyakkan pelanggan hanya membeli donut dan tidak ramai yang duduk menikmati makanan dan minuman lain yang ditawarkan kepada pelanggan.
Memang sedap... Teringat pula cerita polis dulu-dulu... Kuat makan donut pula diaorang... Hari ini, sempat juga beli 1 set 6 biji donut... Itupun 6 biji donut yang terakhir. Yang di belakang terpaksalah gigit jari... Apa pun tahniah kepada pemilik franchise ini [dipercayai bahawa pemiliknya ialah Dr Jefri (Klinik Dr Anina)] yang berjaya "mendemamkan" orang Tawau dalam beberapa hari ini...
CATATAN: Kalau McDonald buka nanti macam mana lah tu ya?