Jemputan Ceramah Program Pendidikan Pencegahan Seksual di Kalangan Murid-Murid Perempuan... Dua hari lepas, saya terlihat surat jemputan ini di sekolah. Melihat kepada tajuk surat ini saya sudah mula menjangka bahawa sekolah tersebut cuba untuk menyahut saranan
Ketua Sub-Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk
Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Hamizah Mohd Hassan yang menyatakan bahawa pendidikan perlu bermula awal.
Menurut artikel yang saya baca melalui
Malaysiakini.com (
http://www.malaysiakini.com/news/136104), Dr Hamizah menyatakan bahawa
para pelajar perlu didedahkan dengan pendidikan seks di sekolah seawal umur 9 tahun atau darjah 3 lagi. Pernyataan ini didorong oleh hasil kajian yang menunjukkan
golongan muda mula terlibat dengan seks bebas
seawal umur 11 tahun tanpa mempunyai pengetahuan yang luas mengenai
perkara itu.
Banyak faktor boleh menyumbang kepada perkara ini namun kita hanya akan terus melihat perkara seperti ini berlaku sekiranya tidak ada tindakan diambil untuk mengatasinya. Saya sangat bersetuju dengan cadangan ini dan diharapkan agar pelaksanaannya juga baik. Satu lagi yang penting ialah penyesuaian kandungan atau susunan silibus yang digunakan untuk tujuan tersebut. Kalau tidak... Ianya mungkin akan lebih mengalakkan remaja untuk melakukan seks.Sememangnya
pendidikan seks perlu diterapkan lebih awal terutamanya kepada pelajar sekolah rendah supaya mereka boleh bersedia lebih awal untuk menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku apabila melangkah ke alam remaja.
Ibu bapa juga perlu peka dan turut mengawasi gerak geri anak-anak mereka supaya tidak terlalu didedahkan kepada unsur-unsur pornografi sama ada secara sedar ataupun tidak.
Mungkinkah mereka ini antara yang bakal menyesal?? Lokasi: Milimewa Fajar, Tawau CATATAN: Remaja yang melakukan seks luar nikah semakin hari semakin banyak...... Fuhh!!..