Dari kiri: Dr. Zanarita, Cikgu Zubir dan Jururawat Ajalena sedang menjamu makanan tengahari...

Ceramah ini lebih kurang sama seperti tahun lalu yang merangkumi topik Pengenalan kepada Gigi, Kerosakan Gigi, Cara Rawatan dan seterusnya Cara Penjagaan Gigi. Memang pelajar sangat berminat dengan bab-bab macam ni dan banyak bertanya tentang cara rawatan gigi seperti Kaedah Rawatan Menguatkan Akar Gigi.

Penceramah yang datang ialah Doktor Zanarita Aspanut dan Jururawat, Puan Ajalena dari Unit Pergigian Hospital Besar Tawau.

Walau bagaimanapun, saya tidak sempat ambil gambar masa ceramah berjalan... Yang sempat, masa di kantin saja...

Apa pun, tahniah kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menganjurkan ceramah ini iaitu Unit Kesihatan SM Teknik Tawau yang diketuai oleh Penyelaras, Cikgu Zubir Abdullah.

CATATAN: Bila gigi sakit... Satu badan sakit.... Argghhh....