Pengacara majlis, Miftahul Jannah dari 5 PKom...

Unit Kesihatan SM Vokasional Tawau memulakan kempen kesihatan 2012 dengan Ceramah Kesedaran Kanser oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Menurut Cikgu Zubir Abdullah (Penyelaras Unit Kesihatan), ceramah ini telah dirancang sejak awal tahun dan kali ini SM Vokasional Tawau agak bertuah untuk menjadi tempat persinggahan pasukan penceramah MAKNA.



Pasukan penceramah MAKNA ini diketuai oleh Puan Fadzilah Binti Wan atau lebih mesra dipanggil Mama Gie. Beliau turut memegang jawatan Senior Volunteer Coordinator bagi MAKNA yang berpusat di Kuala Lumpur.


Gambar kenangan... Cikgu Norliza dan Cikgu Nordayana bersama penceramah, Mama Gie...


Adik Khalid Iqbal dengan sukarela membacakan doa dalam program ini...


Cerita pasal makanan yang menyebabkan kanser,,,


Antara guru perempuan yang hadir dalam ceramah ini...


Aikk... Macam ada yang disembunyikan oleh Cikgu Syahir ni... Apa tu???


Kasmiah... Siapa yang dibelakang meja tu...


Macam penyanyi pula ni...


Gambar-gambar yang ditayangkan adalah sulit ya...

Banyak yang cuba dikongsikan dalam ceramah ini terutamanya punca dan kesan kanser kepada individu. Tapi, pasal punca kanser, Mama Gie banyak tertumpu kepada jenis makanan yang menyebabkan kanser dan sebahagian besarnya ialah makanan proses/segera. Dan, rasanya semua pelajar yang mengikuti ceramah ini tidak akan lupa ayat yang selalu Mama Gie gunakan.... "Kalau makan ini/itu.. Sign Kontrak Mati..."

Apa pun, dengar ceramah memang seronok... Lebih-lebih lagi kalau pasal kesihatan. Tapi gambar-gambar kes kanser tidak boleh dipaparkan disini... SULIT bilang...

Semasa menutup ceramah, Mama Gie memainkan lagu Di Setiap Nafasku oleh Zawazi. Macam lagu tema.. Tapi saya pun kurang pasti.. Sememangnya lagu ni sangat menyentuh perasaan...

---------------------------------------------------


Sesi laungan semangat pelajar lelaki dan...


Pelajar perempuan....


Apa cerita tu Ustaz J?


Guru-guru dijemput naik ke atas pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu tema...

Sebelum para pelajar bersurai dari Dewan Tun Ahmad Shah, MAKNA ada menyediakan tabung untuk derma ikhlas kepada organisasi NPE (Non Profit Entity.. Betul ka?) ini...


Para pelajar lelaki mendahului barisan menderma...


Selain menderma dengan ikhlas... Pelajar diedarkan denga risalah yang turut mengandungi sebuah kota berupa tabung kecil untuk kutipan derma bagi MAKNA....


Hmm... Macam pura-pura saja ni... Ya kah Aisyah? Hehehe...


Aik... Pakai dua tangan ka Umi...??

CATATAN: Perlu berhenti merokok.....