Inspektor Mathew menyampaikan ceramah pada kali ini....

Ceramah Jenayah Juvana ini adalah anjuran bersama Kelab Pencegahan Jenayah dan Unit Beruniform Kadet Polis SM Vokasional Tawau. Ceramah ini dikendalikan oleh Inspektor Mathew dari Unit Jenayah IPD Tawau.

Sememangnya jenayah juvana semakin menjadi-jadi sekarang ini dan bukan sahaja remaja belasan tahun yang terlibat, malah yang baru 9 tahun pun ada...


Macam penyanyi pula kalau macam ni...


Pandangan dari sebelah kawasan pelajar lelaki...


Pandangan dari kawasan tempat duduk pelajar perempuan...

Ceramah yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ini cuba untuk mendedahkan punca dan kesan jenayah  terhadap juvana. Sememangnya, masa depan agak gelap sekiranya sudah ada cap "jenayah" di dahi... (Boleh nampak ka tu??)


Pegawai Polis yang membantu Inspektor Mathew semasa ceramah ini berlangsung...

Bagi saya secara peribadi, aktiviti seperti ini mampu untuk menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam minda dan jiwa pelajar supaya menjauhkan diri daripada jenayah atau apa-apa aktiviti seumpamanya...


Cikgu Rokiah, Cikgu Noriza dan Cikgu Norliza turut sama-sama mendengar ceramah ini...

CATATAN: Pameran bila pula..??