Dr Shukri Abdullah - Salah seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia..

Ceramah ini dijalankan dalam 3 sesi bermula pada jam 7:30 pagi dan berakhir kira-kira jam 4:00 petang. Setiap sesi cuba memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar dari pelbagai sudut dan sememangnya ceramah ini pasti dapat memberikan sedikit sebanyak idea tentang bagaimana untuk meningkatkan pencapaian pelajar peperiksaan. (Rujuk disini: 3 sesi Bijak Belajar)

Ceramah ini telah berlangsung di Dewan Tun Ahamadsah, SM Teknik Tawau yang menyaksikan 250 orang pelajar menghadiri ceramah ini. Setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM20.00. Sekolah-sekolah lain disekitar Tawau juga turut menghantar pelajar mereka untuk turut serta dalam ceramah ini.


Dr Shukri memberikan ceramah dengan penuh semangat...

Semasa berada didalam dewan, saya sempat mendengar tentang tiga jenis guru. Lupa pula apa yang dia cerita... Tapi semuanya menjurus kepada pelajar dan persediaan sebelum masuk kedalam kelas amat penting untuk mendapat sesuatu daripadanya.


Pelajar kelihatan seronok dan menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam ceramah ini..

Tiga sesi bersama Dr Shukri Abdullah pastinya telah memberikan para peserta idea yang banyak dan semangat yang lebih tinggi untuk belajar. Semoga apa yang diberikan akan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar kita...


Antara paparan slaid Dr Shukri yang menumpukan kepada ulangkaji dan kemahiran menjawab soalan...

Kepada mereka yang ingin mengikuti Ceramah Dr Shukri, silalah melayari Laman Web beliau di http://www.drshukri.com. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini tentang ceramah beliau dalam laman web ini.

CATATAN: Pelajar zaman sekarang memang kurang motivasi untuk belajar... Memang patut diberikan motivasi...