Gambar kenangan perlawanan antara Teknik FC menentang Kolej Komuniti Tawau...

Pasukan Teknik FC turun untuk perlawanan ini setelah 2 minggu bercuti berikutan Cuti Tahun Baru Cina. Apa pun, rentak kemenangan terus mengiringi pasukan Teknik FC yang memenangi perlawanan persahabatan ini dengan jaringan 3-2.

Pasukan Kolej Komuniti Tawau (KKT) yang dibarisi oleh pemain senior (ada juga bekas pelajar Teknik Tawau dalam pasukan ini), nampak lebih gagah untuk mendominasi perlawanan. Ini kerana tonggak utama pasuk Teknik FC datang agak lewat dan akibatnya, Teknik FC terpaksa beraksi dengan menggunakan khidmat Teknik Boys U18 yang ternyata menunjukkan beberapa kelemahan terutamanya dari segi pengalaman.

Pasukan Teknik FC dihukum seawal minit ke-5 perlawanan apabila gol pertama dijaringkan oleh Pasukan KKT. Gol berpunca daripada salah faham bahagian pertahanan iaitu Nasir, Saufi dan Edward. Pemain No. 10 KKT yang berjaya memintas bola dan melepasi perangkap offside sebelum menewaskan Syazani dalam kedudukan one-by-one.


Syazani yang tewas untuk gol pertama Pasukan KKT

Apa pun, beberapa pemain utama Teknik FC mula muncul selepas 10 minit separuh masa pertama bermula. Hampir kesemua pemain Teknik Boys U18 dikeluarkan (kecuali Saufi, Nasir dan Syazani) untuk memperkuatkan barisan tengah dan pertahanan. Razi masuk menggantikan Maxmillian, Hillary menggantikan Kado, Haindy menggantikan Syazrin dan Derlan menggantikan Hazrim. Penguasaan bahagian tengah nampak lebih mantap selepas penukaran pemain dilakukan. Namun, kedudukan separuh masa pertama kekal dengan jaringan 0-1.


Gerakan dan tandukan yang menghasilkan gol pertama dan kedua Teknik FC

Dalam separuh masa ke-2, KKT turut membuat beberapa pertukaran. Teknik FC memperkuatkan bahagian pertahanan dengan memasukkan Arash, McManus, Fadillah, dan Zamri untuk menggantikan Hillary, Edward, Saufi dan Nasir. KKT terus mengasak namun, Zamri kelihatan kental mengekang semua serangan Pasukan KKT.

Gol pertama Teknik FC diperolehi melalui Azri yang cuba mengasak dari sebelah kiri pertahanan KKT, berjaya merampas bola daripada kesilapan dua pemain pertahanan KKT. Azri bertindak pantas melarikan bola untuk menewaskan penjaga gol untuk kedudukan 1-1. Gol kedua muncul hasil gerakan Haindy yang berjaya mendapatkan sepakan sudut. Sepakan sudut Haindy yang berjaya menemui kepala Razi disudahkan dengan tandukan deras melepasi jangkauan penjaga gol KKT, dan Teknik FC mendahului dengan 2-1.

Pasukan KKT meningkatkan serangan mereka dan memperolehi beberapa peluang yang baik namun tindakan penyudah mereka amat mengecewakan. Akhirnya, gol penyamaan berjaya mereka perolehi apabila Syazani yang menghantar bola dengan lemah kepada Arash berjaya dipintas oleh penyerang KKT yang bertindak melambungkan bola melepasi jangkauan Syazani untuk kedudukan 2-2.


Antara beberapa percubaan bahaya dari Teknik FC...

Teknik FC terus bermain cemerlang dan hasilnya, gol kemenangan diperolehi 2 minit sebelum tamat perlawanan. Haindy yang membuat gerakan di bahagian tengah menghantar bola tepat kepada Derlan yang berjaya melepasi perangkap offside. Derlan menggunakan kelebihan fizikal untuk bersaing dengan pemain pertahanan KKT, akhirnya menjaringkan gol dengan menggunakan kaki kirinya. Penjaga gol KKT hanya mampu melihat bola masuk ke sudut kanan gawang untuk kedudukan 3-2.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiup...


Mungkinkah bola baru yang masih mempunyai tanda harga ini tuah perlawanan?

Secara keseluruhannya, Teknik FC bermain dengan cemerlang dalam perlawanan ini. Kesilapan yang berlaku sepatutnya boleh dielakkan namun ia pasti akan lebih memotivasikan Syazani yang melakukan beberapa save dalam perlawanan ini. Zamri yang turut bekerja keras dibahagian pertahanan harus diberikan pujian. Apa pun, tahniah kepada Azri yang terus menambah koleksi jaringan kepada 11 gol untuk kesemua Siri Perlawanan Persahabatan 2010 setakat ini.

CATATAN: Hari Sabtu ni... Teknik Boys U18 akan memulakan kempen MSSM U18 dalam kumpulan C bersama SMK Merotai, SMK Holy Trinity dan apa satu lagi tu aa?... Lupa pula..