Saya pun tidak pasti nama saintifik buah ni... Tapi buah ni di panggil Buah Syurga...
Kebetulan hari Jumaat yang lepas (20/08/2010), mungkin '
langkah kanan'... Hehehe... Maklumlah Kak Rohayu.... Ngam-ngam hari tu saya mau pergi fax borang ke KK tapi masa tu juga order buah manggis Kak Rohayu sebanyak 25 kilo sampai. Yang bestnya... pergi tengok-tengok saja pun dapat Buah Naga free... Tapi datang sekali dengan Buah Syurga.
Nampak macam mangga kecil pun ada juga.... Buah Syurga ni berwarna kuning dengan ukuran sekitar 7 - 9 cm. Ada macam bau Buah Tampui (
Orang Dusun tau buah ni) sikit-sikit. Bila dibelah, baru nampak isinya... Isinya pejal, licin dan manis tapi tidak boleh dijelaskan sepenuhnya. Memang kena makan sendiri baru tau... Ingat kulitnya tidak boleh dimakan...
Bijinya pula berukuran sekitar 4 - 4.5 cm. Besar pula bijinya... Hahahaha... Apa pun saya tidak sempat bertanya tentang khasiat buah ni. Mungkin lain kali kita boleh kongsi maklumat ini bersama-sama...
Nah kau bijinya...
CATATAN: Buah Neraka ada juga kah??